Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»CADB Tandatangan MoA, MoU untuk Pemasangan CKD Model EV Dongfeng Box
Auto Terkini

CADB Tandatangan MoA, MoU untuk Pemasangan CKD Model EV Dongfeng Box

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CENTRAL Auto Distributors Bhd (CADB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) untuk pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV) Dongfeng Box.

CADB ialah subsidiari kepada Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan perjanjian itu dimeterai di Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) di Cyberjaya, Selangor, semalam.

MoU itu bertujuan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat berhubung aktiviti pemasangan kenderaan secara tempatan (CKD), iaitu NMSB menyediakan fasiliti, manakala CADB pula bertanggungjawab berhubung pemasaran serta pengedaran kenderaan EV itu.

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin (berdiri bawah depan kiri) berkata, CADB sedang meneroka program CKD untuk pengeluaran pengeluar EV dari China, iaitu Dongfeng Motor (DFM).

Langkah itu sebahagian perancangan jangka panjang untuk menyokong visi kerajaan dan selaras misi PEKEMA meningkatkan penyertaan ahli dalam perniagaan dan ekosistem EV. Beliau berkata;

Melalui CADB, PEKEMA berhasrat membangunkan program pembangunan bakat tempatan dan vendor untuk kenderaan elektrik. Kami juga berharap mencapai pemindahan teknologi yang berjaya dengan Dongfeng Motor yang membuat pelaburan besar dalam teknologi automotif di China.

“Ini bukan saja memberi manfaat kepada industri tempatan, tetapi juga bakal membuka peluang kepada ahli kami untuk mengambil bahagian dalam pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan.”

Majlis MoU dan MoA itu turut disaksikan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Faisal Mohd Yusof (berdiri bawah depan kanan).

Kenyataan PERKEMA juga menjelaskan kedua-dua syarikat akan meneruskan perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian definitif yang akan memperinci aktiviti kerjasama yang bakal dijalankan.

Sementara itu,  selain CADB, beberapa syarikat tempatan  lain turut menandatangi MoA dan MoU dengan NMSB seperti EVANKARL, HICOM Teck See, PHN, Mobile Star, KNR Biz dan Wise Star Group.

Auto Terkini Central Auto Distributors Bhd (CADB) Datuk Mohamed Nazari Noordin Dongfeng Box Faisal Mohd. Yusof Kenderaan Elektrik NexV Manufacturing Sdn. Bhd. (NMSB) Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.