Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini
Auto Terkini

Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini

SyafieBy Syafie23/06/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CAAM jadi badan berkanun bebas
KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan pendapatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melonjak ke paras RM420 juta tahun ini selepas pelaksanaan kenaikan Caj Navigasi Udara bermula 1 Januari lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peningkatan hasil itu bukan saja mengurangkan kebergantungan kepada dana Kerajaan, tetapi menjadi pemangkin kepada langkah strategik mengangkat CAAM sebagai Badan Berkanun Diasingkan dan Dibebaskan (BBDSB) bermula 1 Ogos 2025, serentak pembubaran rasmi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Pendapatan Lebih Tinggi, Penjimatan Besar kepada Kerajaan

Logo CAAM

Caj Navigasi Udara dikenakan kepada pesawat asing yang melalui ruang udara Malaysia menyumbang pendapatan utama kepada CAAM.

Terdahulu, CAAM hanya menjana antara RM100 juta hingga RM210 juta setahun.

Dengan kutipan baharu ini, Kerajaan dapat jimat antara RM150 juta hingga RM200 juta setahun. Dalam tempoh 10 tahun, penjimatan mencecah RM1.5 bilion hingga RM2 bilion.”

Caj Masih Rendah Berbanding Negara Lain

Walaupun dinaikkan, Loke menjelaskan caj navigasi udara Malaysia masih antara termurah di dunia, walaupun ruang udaranya menjadi laluan penting penerbangan antarabangsa, terutama dari Eropah ke Asia Tenggara.

Syarikat penerbangan antarabangsa perlu melalui ruang udara kita. CAAM bertanggungjawab menyelia trafik udara, jadi caj baharu ini wajar dan berpatutan.”

CAAM Mampu Gajikan Pegawai Teknikal Berkualiti Tinggi

Dengan pendapatan lebih stabil, CAAM kini ada kemampuan seperti:

  • Membayar gaji pegawai teknikal berkelayakan tinggi
  • Menarik tenaga mahir baharu dalam sektor penerbangan
  • Memenuhi piawaian keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)

Langkah itu penting kerana penilaian CAAM sebelum ini pernah diturunkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) ke Gred 2  kerana kekurangan tenaga teknikal.

CAAM Ganti MAVCOM Sebagai Pengawal Selia Tunggal Industri Penerbangan

Anthony Loke Siew Fook, MAVCOM

Bermula 1 Ogos 2025, CAAM menjadi satu-satunya badan pengawal selia industri penerbangan negara, merangkumi semua aspek seperti:

  • Teknikal
  • Keselamatan operasi
  • Ekonomi dan hak pengguna (sebelum ini dikendalikan MAVCOM)

Langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif rasionalisasi agensi kerajaan agar lebih efisien dan bersepadu, serta mengurangkan pertindihan fungsi antara CAAM dan MAVCOM.” – Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan

Kakitangan MAVCOM Ditawarkan Tempat di CAAM

Logo MAVCOM

Seramai 57 kakitangan MAVCOM akan ditawarkan menyertai CAAM dan satu sesi libat urus bersama pemegang taruh akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan :

  • Tawaran kerja
  • Semakan skim gaji
  • Peranan teknikal mereka dalam struktur baharu

Akta Baharu Ganti Lama

  • Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2024 (Akta 856) akan dilupuskan
  • Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Akta A1723) akan dipinda bermula 1 Ogos

Langkah tersebut bertujuan memudahkan urusan pelesenan dan kawal selia tanpa kelulusan berasingan daripada dua agensi seperti sebelum ini.

Kesimpulan

Logo Tahun Melawat Malaysia 2026

Kenaikan caj navigasi udara bukan saja meningkatkan pendapatan CAAM secara drastik, tetapi memperkukuh asas kewangan untuk menjadi pengawal selia tunggal industri penerbangan Malaysia yang lebih mampan, cekap dan bebas daripada suntikan Kerajaan.

Langkah pembubaran MAVCOM dan peralihan CAAM ke status BBDSB menjanjikan struktur kawal selia lebih berkesan menjelang fasa pertumbuhan trafik udara pasca pandemik dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Kementerian Pengangkutan (MOT) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.