• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD Dolphin Surf (Seagull) Kini Sejuta Unit, Hanya Perlu 27 Bulan!

BYD Dolphin Surf (Seagull) Kini Sejuta Unit, Hanya Perlu 27 Bulan!

July 2, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

BYD Dolphin terjual sejuta unit.
DI MALAYSIA, pengguna tempatan dihidangkan pelbagai model kenderaan elektrik (EV) daripada BYD. Bagaimanapun, satu model kecil yang mencipta fenomena global, iaitu BYD Dolphin Surf, masih belum tiba secara rasmi.

Model  dipanggil Seagull di China dan Dolphin Mini di Amerika Latin itu baru-baru ini merekodkan kejayaan penting iaitu jumlah pengeluaran ke-sejuta unit.

BYD Dolphin terjual sejuta unit.
BYD Dolphin terjual sejuta unit.

Unit ke-sejuta keluar dari kilang di Xi'an, China, hanya 27 bulan selepas unit pertama dihasilkan menjadikannya model yang paling cepat terjual dalam kategori sepanjang sejarah.

Kejayaan itu bukan sekadar angka, tetapi bukti Dolphin Surf mentakrifkan semula jangkaan terhadap EV kompak dengan menawarkan teknologi canggih, pakej yang cekap, dan tiada kompromi dari segi kelengkapan atau keselamatan.

Faktor kejayaan Dolphin Surf memainkan peranan penting dalam pembangunan pasaran EV kompak global. Pengenalan di Eropah, yang mana kenderaan tenaga baharu (NEV) masih menyumbang peratusan kecil dalam segmen-A dan -B, dijangka membantu meningkatkan kadar penggunaan mobiliti lestari di rantau tersebut.

Resipi kejayaan model itu ialah kenderaan sifar emisi mudah diakses, praktikal, dan fleksibel untuk kegunaan harian di bandar dan sekitarnya, serta dilengkapi teknologi berguna daripada BYD.

Dimensi Kompak, Ruang Optimistik

BYD Dolphin terjual sejuta unit.
BYD Dolphin terjual sejuta unit.

Dengan dimensi panjang 3,990mm, lebar 1,720mm, dan tinggi 1,590mm (setara Proton Iriz, Perodua Myvi), Dolphin Surf direka khusus untuk jalan bandar yang sempit dan ruang parkir kereta kecil.

Walaupun bersaiz kompak, penggunaan pintar casis BYD e-Platform 3.0 yang dibangunkan sendiri memberikan ruang kabin dan kapasiti but yang setanding kereta daripada kelas lebih tinggi.

Pilihan Konfigurasi di Pasaran Eropah

  • Active: Dilengkapi bateri 30kWj dan motor 65kW
  • Boost: Menawarkan motor berkuasa sama (65kW), tetapi bateri 43.2kWj lebih besar untuk julat gabungan WLTP 322km dan julat Bandar 502km.
  • Comfort: Menggunakan bateri 43.2kWj yang lebih besar dan digandingkan motor paling berkuasa dalam kelas (tork 115kW/tork 220Nm) denan pecutan 0-100kmj hanya 9.1 saat.

Ciri Standard dan Tambahan Menarik

BYD Dolphin terjual sejuta unit.

Setiap varian Dolphin Surf hadir dengan senarai komponen standard komprehensif:

  • Unit infotainmen skrin sentuh boleh putar 10.1 inci
  • Sensor parkir belakang dan kamera pandang belakang
  • Lampu siang (DRL) LED.
  • Fungsi Vehicle-to-Load (V2L)
  • Sistem penghidup tanpa kunci NFC
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem penyaman udara
  • Cermin sisi boleh laras elektrik

Varian Boost ditambah ciri seperti kerusi depan boleh laras elektrik, wiper dengan sensor hujan dan cermin sisi boleh lipat elektrik, serta bateri lebih besar dan rim aloi 16 inci.

Varian tertinggi Comfort dilengkapi kamera 360º, lampu depan LED, kaca privasi belakang, cermin sisi dengan lampu suluhan bawah, kerusi dengan pemanas, dan pengecas telefon pintar wayarles.

BYD Dolphin terjual sejuta unit.
BYD Dolphin terjual sejuta unit.
BYD Dolphin terjual sejuta unit.
BYD Dolphin terjual sejuta unit.
BYD Dolphin terjual sejuta unit.
BYD Dolphin terjual sejuta unit.
BYD Dolphin terjual sejuta unit.
BYD Dolphin terjual sejuta unit.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: BYD, BYD Dolphin, BYD Dolphin Surf, BYD Seagull, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev