
BYD Malaysia, bersama jenama mewah elektrik pintar Denza dan pengedar rasmi BYD Sime Motors, melancarkan acara jelajah teknologi elektrik pertama di Malaysia, BYD Tech Discovery yang membuka tirai di Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity bermula 14 hingga 16 November 2025.
Bertemakan 'BYD Intelligence. Powering Malaysia Forward', acara tiga hari itu bukan sekadar pameran produk, tetapi platform imersif untuk rakyat Malaysia merasai sendiri teknologi mobiliti masa depan yang lebih pintar dan lestari.
Tawar Pengalaman Imersif Dunia EV
BYD Tech Discovery menampilkan pelbagai aktiviti menarik, seperti pandu uji model BYD dan Denza terkini, demonstrasi sistem pintar generasi baharu, dan sesi dialog interaktif bersama pakar teknologi elektrik.
Antara tarikan utama adalah:
- Zon Pandu Uji dan Pandu Percubaan: Peserta boleh mencuba teknologi pemanduan BYD melalui cabaran Camel Bridge, Cross-Axle, Ujian Pecutan dan Bonggol, serta aksi Pusingan 360° dan Crabwalk bersama Denza Z9GT
- Sudut Dialog EV: Penerangan mendalam mengenai bateri bilah Blade Battery, sistem pengecasan pintar dan keselamatan EV
- Promosi dan Tawaran Istimewa: Raih penjimatan antara RM8,000 hingga RM20,000, rebat RM15,000 atau pembiayaan tanpa faedah (0 peratus) untuk model Denza D9, dan peluang memenangi cabutan bertuah bernilai hingga RM38,888 (tertakluk terma dan syarat)
- Zon Gaya Hidup: Ruang santai yang lengkap dengan kopi percuma, sudut permainan kanak-kanak dan barangan eksklusif BYD
Teknologi, Inovasi dan Masa Depan Mobiliti
Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao berkata, acara ini mencerminkan komitmen BYD untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai potensi mobiliti elektrik dan memperkenalkan teknologi seperti Blade Battery, e-Platform 3.0 dan DiSus Intelligent Body Control System.
BYD Tech Discovery adalah peluang untuk rakyat Malaysia melihat dan merasai semangat inovasi kami dalam mencipta masa depan mobiliti lebih bersih dan pintar.
"Ia bukan sekadar pameran, tetapi sebahagian perjalanan kami mengurangkan suhu bumi sebanyak 1º," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan berkata, acara ini bertepatan ulang tahun Sime Motors ke-45 dan hampir tiga tahun pelancaran BYD di Malaysia.
Kami berbangga dapat membawa acara skala besar ini bersama BYD, salah satu jenama yang berkembang paling pantas dalam portfolio kami," katanya.
BYD, Denza Perkukuh Kehadiran di Malaysia
Setakat ini, BYD memiliki lebih 40 cawangan jualan dan servis seluruh negara, yang disokong BYD Academy dan 12 pusat badan dan cat bertauliah.
Dengan lebih 24,000 pemilik BYD dan Denza, Sime Motors menyasarkan mencapai 50 cawangan BYD menjelang akhir 2026, selaras aspirasi Ekonomi MADANI ke arah mobiliti bersih dan lestari.
Datang, Alami Sendiri Teknologi EV BYD
Acara BYD Tech Discovery akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 8 malam, pada 14 hingga 16 November 2025, di Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut boleh layari byd.simemotors.my. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada BYD Sime Motors di talian 1300-38-1888.





































Leave a Reply