Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BuyACar Uji Teknologi Pengecaman Wajah untuk Elak Penipuan Beli Kereta Atas Talian
Auto Terkini

BuyACar Uji Teknologi Pengecaman Wajah untuk Elak Penipuan Beli Kereta Atas Talian

Abang HirataBy Abang Hirata30/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini kami ada terbitkan artikel mengenai perancangan Hyundai mahu memperkenalkan Santa Fe baharu dengan teknologi imbasan cap jari. Sebelum itu, rakyat Malaysia diperkenalkan terlebih dahulu dengan Proton X70 yang serba canggih dengan teknologi arahan suara dan kawalan kenderaan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Nampaknya hari ini kita sudah berada dalam dunia konektiviti yang saling berhubung dan kepintaran buatan (AI) apabila banyak perkara harian diselesaikan secara maya dan automatik.

TEKNOLOGI PENGECAMAN WAJAH

Terbaharu, satu laman web jual beli kenderaan di Britain sedang mencuba teknologi pengecaman wajah untuk urusan jual beli. BuyACar.co.uk sedang dalam fasa percubaan dan teknologi tersebut dijangka dapat melindungi pelanggan daripada penipuan atas talian. Kaedah itu juga dikatakan dapat meningkatkan lagi kecekapan dan kemudahan untuk urusan pembelian kereta di Britain.

BACA >>> Touch ‘n Go eWallet: Daftar Kad TNG, dan Guna Baki e-Dompet untuk Bayar Tol DUKE

Teknologi pengecaman wajah ialah antara langkah pencegahan penipuan terbaharu dalam bidang perniagaan atas talian. Di Britain sendiri, kos penipuan atas talian mencatatkan peningkatan mencecah £10 bilion (RM52.7 juta) setahun. Namun, laman web BuyACar.co.uk berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa penipuan dalam permohonan kewangan.

Dengan reputasi itu, laman web tersebut mahu meningkatkan lagi kecekapan selain berusaha memudahkan urusan pelanggan. Strategi ini juga dilihat sebagai langkah ke depan dalam menangani teknik penipuan atas talian.

Tetapi, bagaimanakah sistem ini berfungsi?

SAMBUNGKAN KAMERA KEPADA LAMAN WEB

Teknologi pengecaman wajah digunakan ketika membuat permohonan kewangan bagi membuktikan ketulenan identiti pelanggan. Pelanggan akan diminta menyambungkan kamera peranti telefon pintar kepada laman web dan kemudian sistem akan membandingkan wajah pelanggan dari pelbagai sudut berdasarkan foto dihantar bersama dokumen sokongan.

Proses percubaan itu menunjukkan keputusan positif yang mana urusan jadi lebih pantas dan pelanggan berpuas hati. Dalam konteks tempatan, teknologi seperti ini begitu penting, selari perkembangan urusan jual beli atas talian.

Pasti kita sudah biasa dengar isu tentang scammer-kan?

BACA >>> Beli Kereta Bukan Pasal Bayar Ansuran Bulanan Saja! Sara Myvi Pun Hampir RM1k Sebulan!

Auto Terkini Beli-Belah Atas Talian Beli-Belah Online BuyaCar.co.uk e-dagang Laman Web Roda4 Scammer scammer kereta Teknologi Pengecaman Wajah
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.