Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bukan ‘Amoi Tular’ yang Menang Bida Plat FF9, Kalah RM2,000
Auto Terkini

Bukan ‘Amoi Tular’ yang Menang Bida Plat FF9, Kalah RM2,000

ShawkathBy Shawkath25/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini tular seorang wanita tempatan membuat bidaan setinggi RM909,999 untuk nombor pendaftaran FF9, tetapi kemudian dia mendakwa bidaannya itu sudah dipintas saat akhir pembida lain dengan nilai tambahan RM2,000.

Portal Mustsharenews mendedahkan pembida wanita itu, Ivon Wong ialah pengasas dan pengarah Aesthetic Skin Group.

Laporan itu turut menyatakan Ivon pernah menceritakan impian memiliki nombor tersebut dalam perkongsian di Instagram dengan tangkap layar bidaan dibuat untuk nombor pendaftaran FF9.

Malah Ivon dilaporkan memberitahu akhbar China Press mengenai minat membida nombor tersebut kerana  tertarik dengan angka ‘9’.

Dalam satu temu bual lain, usahawan itu juga menceritakan keunikan FF9 sebagai tanda memperingati anjing peliharaannya, Fei Fei yang sudah mati.

Mustsharenews melaporkan, Ivon kini sudah memiliki dua kereta mewah dengan nombor pendaftaran angka 9 dan bercadang menempah kenderaan ketiga dengan harapan menggunakan nombor plat FF9.

Namun, Ivon akur akan ada pemenang dan mereka yang gagal dalam bidaan nombor siri FF, serta mengakui tidak kisah jika tewas.

Dalam perkongsian Instagram, dia turut mendedahkan pemenang nombor tersebut mengemukakan bidaan sebanyak RM911,999., lebih RM2,000 daripada bidaan dibuatnya.

Tawaran siri FF diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada 14 Mei lalu sempena sambutan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-77.

ORANG SAMA BIDA FF99 DAN FF99

Satu tangkap layar tular mendakwa individu yang memenangi bidaan FF9 adalah orang sama yang ‘bawa pulang’ dua lagi nombor panas, iaitu FF99 dan FF999.

Seorang individu yang tidak didedahkan identiti mendakwa FF mungkin bermaksud 发发 (fa fa) dalam Bahasa Mandarin, atau huat huat yang membawa maksud ‘menjadi kaya’ (to strike it rich).

Jika digabung dengan angka 9, disebut sebagai ‘jiu’ dan berbunyi seperti perkataan Mandarin yang bermaksud ‘lama’, susunan itu seolah-olah membawa maksud ‘untuk jadi kaya selama-lamanya’.

SUMBER: InstagramLoveDevon

Aesthetic Skin Group Auto Terkini FF9 Ivon Wong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Nombor Pendaftaran FF Nombor Plat Siri FF Plat FF9 Viral
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.