Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter
Auto Terkini

BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

SyafieBy Syafie26/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nozel RON95 dan RON97

KERAJAAN mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95), walaupun harga minyak global meningkat susulan konflik di Asia Barat.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), langkah itu bertujuan melindungi rakyat daripada tekanan kenaikan kos bahan api, manakala harga bahan api lain diselaraskan secara berperingkat mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

Harga Baharu Bahan Api

Bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026, harga runcit bahan api ditetapkan seperti berikut:

  • RON97: RM5.15 seliter (sebelum ini RM4.55)
  • RON95 tanpa subsidi: RM3.87 seliter
  • RON95 bersubsidi (BUDI95): RM1.99 seliter (kekal)
  • Diesel (Semenanjung): RM5.52 seliter (sebelum ini RM4.72)
  • Diesel (Sabah, Sarawak, Labuan): RM2.15 seliter (kekal)

Kenaikan ini susulan lonjakan harga minyak mentah global yang meningkat lebih 40 peratus sehingga melepasi AS$100 setong.

Subsidi Cecah Lebih RM3 Bilion Sebulan

Kerajaan memaklumkan beban subsidi kini mencecah lebih RM3 bilion sebulan bagi menampung harga bahan api domestik.

Langkah ini membolehkan rakyat dan majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran, sekali gus memastikan kestabilan kos sara hidup.

Bantuan Diesel, Penguatkuasaan Diperketat

Selain itu, bantuan diesel individu di bawah BUDI turut ditingkatkan kepada RM300 sebulan bermula Mac 2026 berbanding RM200 sebelum ini.

Kerajaan juga memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan bagi:

  • Membendung ketirisan subsidi
  • Mengawal aktiviti penyeludupan
  • Memastikan bekalan bahan api kekal stabil

Kawalan Lebih Ketat Penjualan Minyak

Langkah kawalan turut diperketat termasuk:

  • Larangan jualan RON95 kepada kenderaan asing kekal berkuat kuasa
  • Pembelian lebih 20 liter di luar tangki tanpa permit tidak dibenarkan

Selain itu, kerajaan sedang meneliti kawalan tambahan terhadap pembelian diesel, khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi mengurangkan risiko ketirisan.

Komitmen Lindungi Rakyat

MOF menegaskan kerajaan akan terus mengimbangi keperluan fiskal dengan perlindungan rakyat dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global.

Langkah ini selari dengan usaha memastikan kesejahteraan ekonomi negara serta kelangsungan hidup rakyat terus terpelihara.

Auto Terkini harga diesel harga ron95 harga ron97 Harga Runcit Produk Petroleum
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.