Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Budak 6 Tahun Pandu Toyota Vios Terlibat Kemalangan di Langkawi
Auto Terkini

Budak 6 Tahun Pandu Toyota Vios Terlibat Kemalangan di Langkawi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG budak berumur enam tahun dilaporkan memandu kereta sedan jenis Toyota Vios milik keluarganya sebelum terlibat kemalangan di Jalan Bukit Tangga di Langkawi, malam tadi.

Menurut laporan, pemandu kanak-kanak itu dikatakan memandu sejauh 2.5km dari rumah ke sebuah kedai untuk membeli mainan. Turut berada dalam Vios tersebut ialah adiknya yang berumur tiga tahun.

Satu klip video tular yang menunjukkan reaksi orang ramai terkejut apabila menyedari kereta itu dipandu kanak-kanak kecil tanpa pengetahuan ibu bapa.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan insiden itu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum dekat Kampung Titi Chanwang, Langkawi, kira-kira jam 11.15 malam.

Beliau berkata, kereta itu dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun, manakala adik lelakinya berusia tiga tahun menjadi penumpang.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang. Susulan itu, pemandu kereta luka di dahi manakala penumpang tidak cedera.”

Shariman berkata lagi, Vios itu dipercayai dipandu kanak-kanak tersebut dari kediaman mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka sejauh 2.5km tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

BACA >>> Budak 12 Tahun Terselamat Kebakaran, Mujur Abah Ajar Pandu Kereta!
BACA >>> Bampar Jatuh Gagalkan Misi Budak 12 Tahun Pandu Kereta Jelajah Australia

SUMBER: BHarian

Auto Terkini Budak 6 Tahun Pandu Vios kemalangan Langkawi Roda4 Shariman Ashari Toyota Vios tular Viral
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.