Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CBR150R 2025 Edisi Khas CyberRoar Lancar, Terhad 250 Unit Sahaja, Harga RM14,399!
Roda2

Honda CBR150R 2025 Edisi Khas CyberRoar Lancar, Terhad 250 Unit Sahaja, Harga RM14,399!

SyafieBy Syafie01/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda CBR150R 2025 Edisi Khas CyberRoar
BOON Siew Honda (BSH) memperkenalkan model edisi terhad Honda CBR150R 2025 Edisi Khas CyberRoar bertema grafik harimau yang agresif dan berani.

Sportbike itu diilhamkan daripada semangat bertenaga harimau dan ditawarkan dalam jumlah terhad 250 unit sahaja di seluruh negara.

Ciri eksklusif dan rekabentuk garang menjadikan model tersebut pilihan koleksi sebenar untuk peminat jentera dua roda yang mahukan kelainan dan gaya luar biasa.

Rekaan Edisi Khas Tema Harimau Mengaum

Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - CyberRoar

Honda CBR150R 2025 Edisi Khas CyberRoar edisi khas itu tampil dengan skema warna unik. Badan motosikal disalut warna magenta terang yang dipadankan jalur jingga menyala, bermula dari depan hingga sisi bawah, sebelum berakhir halus di belakang.

Lebih menonjol, imej kepala harimau dalam posisi mengaum dipaparkan di kedua-dua sisi fairing yang memberikan penampilan penuh tenaga, semangat dan kekuatan, selari falsafah Roar Reimagined yang menjadi tema model berkenaan.

Hadiah Eksklusif Bersama Setiap Pembelian

Setiap pembelian Honda CBR150R 2025 Edisi Khas CyberRoar disertakan set hadiah eksklusif edisi khas seperti:

  • Panaromic Sport Camera
  • Sistem Interkom
  • Beg Reflektif LED

Pakej hadiah itu meningkatkan lagi nilai eksklusif model tersebut sebagai koleksi yang sukar diperoleh di pasaran.

Harga Rasmi dan Ketersediaan

Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - CyberRoar

Honda CBR150R Edisi Khas CyberRoar ditawarkan pada harga cadangan RM14,399. Harga ini tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.

Model ini akan dipamerkan di semua pusat pameran IMPIAN X bermula 15 Julai 2025. Disebabkan unit terhad, peminat disaran membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan.

Pilihan Warna Standard Masih Ditawarkan

Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - Tricolor
Honda CBR150R 2025 - Silver

Bagi mereka yang masih menggemari rekabentuk asal, Honda turut mengekalkan dua pilihan warna standard untuk Honda CBR150R seperti:

  • Honda Tricolor: Mengekalkan DNA perlumbaan ikonik Honda
  • Silver: Gaya moden dengan kombinasi warna kontras yang menarik

Kedua-dua varian masih ditawarkan pada harga RM13,399, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran, serta boleh didapati di semua pusat IMPIAN X dan pengedar sah Honda seluruh negara.

Spesifikasi Ringkas Honda CBR150R

  • Enjin: 4-lejang 4-injap silinder tunggal 149.16cc DOHC penyejukan cecair dengan output kuasa 120kW (161hp) @ 9,000rpm dan tork 13.7Nm @ 7,000rp,
  • Transmisi: Klac manual 6-kelajuan jenis basah multiplat dengan sistem klac antigelincir Assist and Slipper (ASC)
  • Ciri: Lampu LED penuh, panel meter digital, penghidup elektrik.
  • Suspensi: Fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock (belakang)
  • Warna: CyberRoar (Edisi Terhad), Honda Tricolor, dan Silver

Honda CBR150R CyberRoar Mengaum di Jalan Raya!

Honda CBR150R CyberRoar 2025 bukan sekadar sportbike aras mula biasa, tetapi simbol tenaga dan kebebasan yang diterjemah dalam bentuk gaya, warna dan semangat tunggangan.

Terhad kepada 250 unit, inilah peluang untuk memiliki jentera eksklusif yang pasti menjadi bualan setiap kali meluncur di jalan raya.

CyberRoar

Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - CyberRoar
Honda CBR150R 2025 - CyberRoar

Tricolor

Honda CBR150R 2025 - Tricolor
Honda CBR150R 2025 - Tricolor
Honda CBR150R 2025 - Tricolor
Honda CBR150R 2025 - Tricolor
Honda CBR150R 2025 - Tricolor
Honda CBR150R 2025 - Tricolor
Honda CBR150R 2025 - Tricolor
Honda CBR150R 2025 - Tricolor

Silver

Honda CBR150R 2025 - Silver
Honda CBR150R 2025 - Silver
Honda CBR150R 2025 - Silver
Honda CBR150R 2025 - Silver
Honda CBR150R 2025 - Silver
Honda CBR150R 2025 - Silver
Honda CBR150R 2025 - Silver
Boon Siew Honda (BSH) CyberRoar edisi khas Honda CBR150R Honda CBR150R 2025 Edisi Khas CyberRoar roda2 sportbike sportbike 150cc
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.