Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bos KTM Tech3 Tak Faham Kenapa Hafizh Gagal Konsisten, Kejap Laju, Kejap Perlahan
Auto Terkini

Bos KTM Tech3 Tak Faham Kenapa Hafizh Gagal Konsisten, Kejap Laju, Kejap Perlahan

AryonBy Aryon29/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPUTUSAN dicapai pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin sepanjang bersama pasukan baharunya, Red Bull KTM Tech3 nyata mengecewakan. Pelumba itu meraih posisi terakhir di Qatar, kedua akhir di Argentina dan sekali lagi paling akhir di Amerika Syarikat (AS).

Lebih tertekan, rakan pasukan yang juga rookie musim ini, Miguel Oliveira sudah pun meraih tujuh mata, termasuk menamatkan aksi di kedudukan ke-11 di Argentina, di belakang pelumba pengilang pasukan itu, Pol Espargaro dengan beza 0.176 saat saja.

BACA >>> Bos KTM Tech3: “Hafizh Kena Lupakan Apa Dia Buat Musim Lalu”

Sebaliknya, Hafizh masih gagal mendapat rentak untuk sekurang-kurangnya menyaingi kelajuan rakan sepasukannya itu, iaitu 26.9 saat di belakang Oliveira di Qatar, 9.7 saat (Argentina) dan 23.4 saat (AS). Oliveira nampaknya cukup selesa mengetepikan Hafizh yang terpaksa berpuas hati bermula dua atau petak paling akhir setiap pusingan berlangsung setakat ini.

Ini berbeza tahun lalu, Hafizh meraih sembilan mata ketika menunggang jentera Yamaha dengan tiga kali mendapat kedudukan ke-10 dalam empat pusingan dan tewas tipis kepada Franco Morbidelli dalam perebutan rookie terbaik 2018. Lebih buruk, Hafizh ketinggalan hampr 20 saat di belakang lawannya yang paling hampir Joan Mir (Suzuki Ecstar) ketika di AS.

“Hafizh ialah kekecewaan terbesar kerana kami tahu potensi dia,” kata pengurus pasukan Herve Poncharal selepas GP Amerika.

“Kadang-kadang dia laju dua saat berbanding pusingan atau latihan sebelum itu, dia sangat tak menentu dan aku tak faham macam mana hang boleh ada beza masa lap yang besar.

“Kami masih yakin dia ada kuasa lumba yang kuat, tapi walaupun bermula lebih baik daripada Miguel, dia merosot lap demi lap. Aku benci jadi terakhir, tetapi dia terakhir dan ini bukan posisi yang baguih bak hang.

“Jurang sangat besar, ketika perlumbaan tamat, kita dapat tengok tak ada siapa pun kat depan dia dan motivasi terus merudum. Masih ada beberapa kerja kena buat untuk dia supaya faham macam mana nak ride motor tu, dan jadi konsisten kerana selain kelajuan, dia perlu konsisten.”

“Masih awal musim, hanya tiga pusingan, tetapi kami benar-benar nak tengok Hafizh tunjukkan sedikit progress dan peningkatan, serta kurangkan jurang dengan rakan pasukan,” kata Poncharal lagi.

BACA >>> #MotoGP2019: Rins Beri Podium Pertama untuk Suzuki, Marquez Tergolek, Rossi Berbisa

MASALAH TAYAR, SUSAH MEMBREK

Sementera itu, Hafizh ketika ditemu bual selepas GP Amerika mendakwa prestasinya teruk sebab pemilihan tayar walaupun dia berlumba dengan tayar sama, medium di depan dan lembut di belakang seperti jentera KTM lain.

“Sejujurnya aku kecewa sebab aku cuba pilih tayar berbeza, tapi masih belum pilihan yang tepat. Sejak mula berlumba, aku rasa penurunan mendadak, aku tak dapat berhentikan motor dengan baik, jadi aku bergelut berlawan dengan masalah tu.

“Susah nak kekalkan kelajuan dan semua tenaga aku habis. Aku tak tau sebab apa ini berlaku, tapi harap kami dapat bangkit semula di Jerez. Aku harap boleh cari sesuatu kat sana supaya dapat kelajuan yang baik dan rapatkan jurang dengan pelumba depan,” kata Hafizh.


KOMEN KAMI

Kita doakan yang baik-baik buat Hafizh. Kita pun tak tahu apa sebenarnya masalah sebenar menimpa. Tetapi sebenarnya bukan Hafizh saja bermasalah, rakan sepasukannya ketika bersama Yamaha dulu, Johann Zarco pun mengadu payah menunggang RC16 sampai letih dibuatnya.

BACA >>> Zarco Mengaku Penat Bawa KTM, Semuanya Rasa Payah

Poncharal pun kena ingat, Oliveira walaupun rookie, tetapi dia sudah biasa menunggang jentera KTM selama dua musim (2017-2018) ketika berlumba dalam Moto2 dulu. Sekurang-kurangnya DNA KTM tu sudah ada. Tetapi Hafizh pula baru kali pertama pegang hendal KTM. Cuba suruh Oliveira tu ride YSuku main Cub Prix, mahu ke laut juga perginya.

Ingat, jangan sampai Malaysia hantar pomen power untuk tuning motor Hafizh!

* Gaya penyampaian diolah supaya tidak skema, tetapi semua maklumat adalah benar belaka. Sebarang ketidakpuasan tidak akan dilayan. Harap maklum.

SUMBER: VisorDown

Bo55 el pescao Hafizh Syahrin Herve Poncharal HS55 KTM Miguel Oliveira MotoGP 2019 Red Bull KTM Tech3
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
View 5 Comments

5 Comments

  1. umair on 29/04/2019 10:05

    terbaiklah bang ! sukaaku baca news ni rasa terhibur dan terisi gelak ketawa

    Reply
  2. Junk Kim Un on 29/04/2019 13:25

    Rupanya ada oghang utagha noh kat team hafizh tu. hahahaha

    Reply
  3. Zul on 29/04/2019 14:56

    Sad to hear,our racer struggle dengan jentera,Semoga dia diberikan kekuatan dan cara terbaik untuk mendapat prestasi cemerlang dengan motor KTM ni.

    Reply
  4. #wapalewheels on 29/04/2019 16:03

    Ingat, jangan sampai Malaysia hantar pomen power untuk tuning motor Hafizh!

    Haha. Power2…

    Apa2 pon Hafizh kena dapatkan mata dilitar sendiri SIC nanti ya, Jgn kecewakan kami.

    Reply
  5. Fad on 24/08/2020 02:47

    Payah nak idup klu prestasi tak konsisten..xperlu byk bg alasan,sape2 pon jd bos PASTI taknak kedudukan TERAKHIR,suka tak suka pandai2 la,tu jalan yg ko pilih..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.