Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Boon Siew Honda Kuasai 30 Peratus Pasaran 2018, Bakal Perkenal 13 Model Baharu
Auto Terkini

Boon Siew Honda Kuasai 30 Peratus Pasaran 2018, Bakal Perkenal 13 Model Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOON Siew Honda (BSH) nampaknya berjaya mengukuhkan segmen moped, automatik (skuter), fun bike dan motosikal besar jenama itu menerusi pengenalan 12 model baharu dan tiga model dinaik taraf sepanjang tahun lalu yang menyumbang kepada peningkatan perkongsian pasaran daripada 26 peratus kepada 30 peratus.

BACA >>> Boon Siew Honda Kembali Mengganas – Bakal Lancar 10 Model Sepanjang 2018

BSH merekodkan jumlah jualan 156,000 unit tahun lalu, dan wilayah Tengah menjadi penyumbang utama dengan jualan 55,263 unit (35.4 peratus), dan disusuli wilayah Utara, 40,903 unit (26.2 peratus), manakala model yang menjadi penyumbang utama kepada keseluruhan jualan BSH setahun lalu ialah kapcai RS150R dan Wave Alpha.

Jadi, bagi meneruskan momentum sama, BSH menggariskan lima strategi utama yang akan dijayakan tahun ini – 2019:

1. KUKUHKAN BARISAN PRODUK

BSH akan melancarkan 13 model, terdiri daripada produk baharu dan naik taraf dengan rekabentuk, ciri dan prestasi sporty sebagai maklum balas kepada permintaan generasi muda. BSH beberapa hari lalu baru saja memperkenal tiga model baharu, Super Cub 125, CB1100 RS dan CBR1000RR Fireblade SP.

2. RANGKAIAN PENGEDAR DITAMBAH BAIK

Bagi menambah baik kualiti rangkaian pengedar, BSH akan membuka lebih banyak ‘Honda Impian X’, iaitu pusat jualan  konsep baharu Honda yang berfungsi sebagai hab jualan dan servis motosikal hingga 300cc. Buat masa ini, hanya lima unit premis Honda Impian X sedia ada di pasaran.

BACA >>> Apa Perkembangan Terkini Honda CBR250RR Ke Malaysia? Ini Jawapan Boon Siew Honda!

3. PERTINGKAT SERVIS  SELEPAS JUALAN

Bagi meningkatkan kualiti selepas jualan, BSH akan menubuhkan pusat servis di kilang di Pulau Pinang. Selain itu, BSH turut mengembangkan pusat servis di cawangan pejabat Kuala Lumpur melibatkan ruang dan tenaga kerja bagi menyokong permintaan yang pelanggan kian meningkat. Setakat ini, BSH memiliki 251 pusat servis seluruh negara.

4. PROGRAM TUNGGANGAN SELAMAT

Sebagai sebahagian tanggungjawab korporat syarikat (CSR), BSH menubuhkan Pusat Tunggangan Selamat bagi mendidik pengguna Malaysia menegnai kepentingan keselamatan di jalan raya dan kemahiran menunggang lebih baik.

BACA >>> Mohd Zaqhwan Dan Khairul Idham Tandatangan Kontrak Bersama Boon Siew Honda Sehingga 2019

5. RAI PELUMBA TEMPATAN DAN SUKAN PEMOTORAN

Meneruskan sokongan padu ke atas sukan pemotoran dengan memberi peluang kepada pelumba tempatan, pelumba muda Honda dan pasukan mekanik BSH untuk meningkatkan pengalaman dan menambah baik kemahiran melalui latihan dan saingan perlumbaan peringkat antarabangsa dan tempatan.

Penglibatan BSH di litar lumba membantu pelumba tempatan mengasah bakat masing-masing seperti Zaqhwan Zaidi, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman.

Boon Siew Honda Boon Siew Honda (BSH) Honda
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.