Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW X1 sDrive 20i – RM279,800 (2015)
Roda4

BMW X1 sDrive 20i – RM279,800 (2015)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/10/2015
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW X1 sDrive 20i-Pandulajudotcom-11

BMW Group Malaysia memperkenalkan model kompak premiumnya, BMW X1 sDrive 20i serba baharu yang hadir dengan rekaan maskulin.

Model generasi kedua itu bukan saja tampil maskulin,  ia juga memiliki rekaan yang garang, versatil, sistem ketersambungan inovatif dan teknologi termaju BMW EfficientDynamics.

BMW X1 sDrive 20i-Pandulajudotcom-19

HARGA: (Tidak termasuk insurans)

  • BMW X1 sDrive 20i – RM279,800

JAMINAN:

  • BMW menawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

PRESTASI:

Ditawarkan dalam varian Sport Line, BMW X1 sDrive 20i menjadi model BMW X pertama yang menggunakan platform pacuan roda hadapan baharu dan dioptimumkan kecekapannya daripada sistem pacuan semua roda pintar BMW xDrive.

BMW X1 sDrive 20i-Pandulajudotcom-16

Hasil janaan enjin bersesaran 2.0L BMW TwinPower Turbo, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 192hp dan tork puncak 280Nm. Pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 225kmj.

Purata penggunaan bahan api pula adalah sekitar 5.9L per setiap 100 km. Manakala emisi C02  pula adalah sekitar 136 gram bagi setiap km.

BMW X1 sDrive 20i-Pandulajudotcom-04

PENJIMATAN BAHAN API

Keseronokan pemanduan dan penjimatan bahan api yang ditawarkan oleh BMW X1 serba baharu tidak berakhir di situ. Selain enjin BMW EfficientDynamics generasi terbaharu, BMW X1 serba baharu turut menggunakan teknologi BMW EfficientLightweight dan aerodinamik yang sofistikated untuk mengurangkan seretan serta meningkatkan penjimatan bahan apinya.

Kombinasi enjin BMW TwinPower Turbo yang ekonomikal, binaan ringan dan ciri aerodinamik yang sofistikated itu disempurnakan lagi dengan teknologi-teknologi BMW EfficientDynamics seperti fungsi Automatic Start/Stop serta mode ECO PRO.

BMW X1 sDrive 20i-Pandulajudotcom-20

LUARAN:

Dari pandangan depan, kehadiran lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang (DRL) menyerlahkan lagi keterampilannya.

Lampu belakang pula hadir dengan jalur lampu berbentuk L yang biasa ada pada model BMW. Lebih ranggi, ia dipasang dengan rim aloi jejari berkembar bersaiz 18 inci sebagai ciri standard.

Berbanding generasi terdahulu, posisi tempat duduk BMW X1 sDrive 20i dinaikkan sebanyak 40mm. Secara tidak langsung,  ia memberikan  pandangan sekeliling lebih jelas buat pemandu.

5 PILIHAN WARNA

BMW X1 serba baharu didatangkan dalam lima pilihan warmna menarik. Antaranya putih (Alpine White), hitam (Black Sapphire), kelabu (Mineral Grey), gangsa (Chestnut Bronze) dan biru (Mediterranean Blue) bersama pilihan warna upholsteri kulit Dakota seperti hitam, merah serta Mocha.

BMW Group Malaysia BMW X1 sDrive 20i Kereta Pandu Uji BMW X1 sDrive 20i Sport Line
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

MAA: Jualan EV Malaysia Lonjak 109 Peratus Sepanjang 2025!

20/01/2026
Jualan kereta di Malaysia
Auto Terkini

MAA: SUV Pacu Pertumbuhan Kenderaan Penumpang 2025, Jualan Sedan Menyusut

20/01/2026
Jualan kereta nasional Malaysia meningkat
Auto Terkini

MAA: Jenama Nasional Kuasai 62.3 Peratus Pasaran Automotif Malaysia

20/01/2026
Mercedes-Benz CLA Electric 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-Benz CLA 2026 Serba Baharu – EV Kompak Premium Tayang di Malaysia

19/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.