Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW Motorrad Perkenal R18 2025, Euro 5+, Daya Kilas Sedikit Naik
Auto Terkini

BMW Motorrad Perkenal R18 2025, Euro 5+, Daya Kilas Sedikit Naik

Abang HirataBy Abang Hirata24/01/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW Motorrad terkenal dengan motosikal dual sport GS dan superbike S1000RR. Di sebalik dua model tersebut, BMW mempunyai sejumlah lagi model menarik.

Pada 2020, BMW memasuki segmen cruiser dengan R 18 dan disusuli R 18 Classic pada tahun sama sebagai motosikal touring nostalgik.

Tahun berikutnya BMW memperkenalkan R 18 Transcontinental dan R 18 B yang memasuki siri Big Boxer Heritage dan ibarat motosikal Amerika berjenama Jerman.

Misi BMW di dalam segmen cruiser diteruskan dengan pengenalan R 18 Roctane pada 2023.

Melihat koleksi R18 rasa mempersonakan dan ibarat dunia yang terpisah daripada GS dan S1000RR kecuali enjin Boxer yang menonjol.

Untuk 2025, BMW memperkemaskan siri R 18 dari segi penampilan, keselesaan dan teknologi.

BMW telah membuat semakan pada kawalan enjin Big Boxer 1,800 cc bagi memastikannya mematuhi piawaian Euro 5+.

Daya kilas enjin meningkat 5Nm kepada 163Nm pada 3,000 rpm. Pada julat 2,000 hingga 4,000 rpm, lebih daripada 150Nm tersedia untuk dinikmati penunggang dan memberi keseronokan tunggangan.

Selain perubahan enjin, pelanggan ditawarkan barangan baharu Original BMW Motorrad Accessories.

Untuk makluman, BMW Motorrad Malaysia turut menawarkan siri Heritage iaitu R 18 100 Years (RM159,500), R 18 Classic (RM154,500), R 18 Bagger (RM186,500) dan R 18 Transcontinental (RM198,500).

BMW R18 2025:

· Madgad depan dan belakang baharu.

· Rim belakang 18 inci ganti 16 inci.

· Rekaan rim baharu dengan tujuh bilah berganda.

· Penutup tepi dengan lebih penanda atau garisan pada kontur sisi.

· Fork dengan gaya “Rough look”, tanpa ‘sarung’ fork klasik.

· Penyenyap ekzos belakang baharu.

· Pelana tunggal dengan pad lebih tebal dan rekaan kontur yang diubah.

· Pelana boleh tanggal melalui butang di sebalik penutup.

· Spring penyerap hentak dengan kadar kekenyalaan baharu untuk lebih keselesaan.

· Lampu nyalaan siang (bergantung pada pasaran), soket pengecasan USB-C.

· Pilihan gaya Blacked Out dengan komponen hitam.

BMW R 18 Classic 2025:

· Madgan depan baharu untuk rim depan 19 inci baharu, tukar daripada 16 inci.

· Penutup tepi dengan lebih penanda atau garisan pada kontur sisi.

· Lampu nyalaan siang (bergantung pada pasaran), soket pengecasan USB-C.

· Pilihan gaya Blacked Out dengan komponen hitam.

BMW R 18 Roctane 2025:

· Skema warna baharu Two-Tone Dragonfire Red Metallic.

· Pilihan komponen Filler Panel dalam warna badan.

· Rod penyambung, penyenyap kemasukan dan lingkaran dalaman lampu warna Dark Chrome.

BMW R 18 B 2025:

· Butang kegemaran atau pintas untuk akses pantas.

· Pilihan gaya Blacked Out dengan komponen hitam.

· Pilihan komponen Filler Panel dalam warna badan.

· Pilihan Option 719 Black Pearl dengan rod penyambung, penyenyap kemasukan Dark Chrome.

BMW R 18 Transcontinental 2025:

· Butang kegemaran atau pintas untuk akses pantas.

· Model asas dengan warna tambahan dan baharu: Two-Tone Dragonfire Red Metallic.

· Two-Tone Dragonfire Red Metallic khusus dengan dengan rod penyambung, penyenyap kemasukan Dark Chrome.

Siri BMW R 18 2025:

BMW R 18 2025:

BMW R 18 Classic 2025:

BMW R 18 Roctane, R 18 B, R 18 Transcontinental 2025:

BMW BMW Motorrad BMW R 18 BMW R 18 B BMW R 18 Classic BMW R 18 Roctane BMW R 18 Transcontinental
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026
Auto Terkini

Ducati DesertX 2026 V2, Enjin V2 890 cc Baharu Lebih Mudah Selenggara, Kerangka Trelis

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.