• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

June 7, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW Motorrad mendedahkan maklumat awal dengan sejumlah foto menunjukkan model motosikal prototaip baharu yang bakal menggunakan lencana M.

Model prototaip itu ialah BMW M 1000 XR iaitu motosikal ketiga dengan lencana M selepas superbike M 1000 RR dan naked bike M 1000 R.

Pengurus Produknya, Dominik Blass berkata:

Dengan prototaip M 1000 XR prototype, kami memberi pratonton pertama model ketiga BMW Motorrad M.

"Kami membangunkan BMW M 1000 XR berasaskan model sedia ada S 1000 XR, S 1000 RR dan M 1000 RR, sebagai sebuah jentera sportbike jarak jauh dengan dinamik tunggangan supersport untuk jalan raya dan trek.”

BMW M 1000 XR dibangunkan daripada S 1000 XR tetapi dianggap sebagai motosikal serba lengkap yang menggabungkan  kelebihan sportbike dan sport tourer.

Enjin digunakan jenis 4-silinder sebaris 999cc dengan Teknologi Pemasaan Injap Variabel (VVT) ShiftCam, menawarkan kuasa lebih 200hp dan mencapai kelajuan sekitar 280kmj.

Foto menunjukkan M 1000 XR dilengkapi winglet untuk menambah baik ciri aerodinamik dan membantu memaksimumkan keupayaan enjin. Winglet itu membantu mengekalkan kontak roda hadapan dengan permukaan jalan semasa pecutan tinggi dan mengurangkan campur tangan sistem kawalan cengkaman serta meningkatkan kestabilan semasa memecut.

Model prototaip itu dijangka dilengkapi sejumlah pakej bantuan elektronik tunggangan BMW dengan empat mode tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Race. Bukan satu kejutan jika motosikal itu dilengkapi Race Pro sebagai ciri standard.

Tiada maklumat didedahkan mengenai casis M 1000 XR tetapi apa yang pasti, sistem brek adalah sama seperti model BMW M 1000 R iaitu cakera berkembar 320mm dengan kaliper 4-piston Nissin dengan cakera tunggal 22omm serta kaliper Brembo (belakang).

BMW akan mendedahkan butiran lanjut mengenai model M 1000 XR menjelang pertengahan tahun ini.

BMW M 1000 XR - 2
BMW M 1000 XR - 7
BMW M 1000 XR - 8
BMW M 1000 XR - 6
BMW M 1000 XR - 10
BMW M 1000 XR - 11
BMW M 1000 XR - 0
BMW M 1000 XR - 5
BMW M 1000 XR - 4

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, BMW M 1000 XR, BMW Motorrad, Dominik Blass, motosikal touring 1000cc, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my