Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BIMS2026: Thailand Umum Harga Toyota Land Cruiser FJ 2026, RM156,900
Roda4

#BIMS2026: Thailand Umum Harga Toyota Land Cruiser FJ 2026, RM156,900

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029

TOYOTA secara rasmi mengumumkan harga Toyota Land Cruiser FJ 2026 di Thailand, sekali gus menjadikan pasaran pertama dunia untuk model baharu itu.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) pacuan empat roda (4WD) 5-kerusi itu dipasang di Thailand dan ditawarkan pada harga promosi 1,269,000 baht (RM156,900), turun daripada harga biasa 1,289,000 baht (RM159,370) sehingga 31 Ogos 2026.

Menariknya, model itu dibangunkan di bawah kod nama 500D dan berasaskan platform IMV 0 , iaitu frem atas badan (body-on-frame), sama seperti Hilux Champ.

Ini meletakkan Toyota Land Cruiser FJ 2026 dalam kategori SUV lasak sebenar, bukan sekadar crossover urban biasa.

Dibina atas Casis Hilux Champ

Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029

Toyota Land Cruiser FJ 2026 dibangunkan dengan konsep ‘Bebas dan Seronok’ (Freedom & Joy), yang juga menjadi ilham kepada nama FJ itu sendiri.

Ia menggunakan casis SSWB (Super Short Wheelbase) dengan jarak roda 2,580mm, lebih pendek daripada Fortuner untuk memudahkan pemanduan dalam bandar dan off-road teknikal.

Toyota turut memperkukuh struktur casis dengan mengukuhkan rel sisi (side rail) belakang, anggota silang (crossmember) baharu, sokongan sistem 4WD dan perlindungan bawah enjin, menjadikan SUV tersebut lebih tahan lasak untuk kegunaan ekstrem.

Dimensi Kompak, Jiwa Off-Road

Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029

Dari segi saiz, Toyota Land Cruiser FJ 2026 berukuran panjang 4,610mm, lebar 1,855mm dan tinggi 1,890mm, dengan jarak tinggi bumi 245mm.

SUV itu mampu meredah air sedalam 700mm, dan memiliki radius pusingan 5.5 meter, manakala kapasiti ruang but antara 765 liter hingga 1,522 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Enjin 2.7L, 166hp

Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029

Kuasa disalurkan enjin petrol 4-silinder 2.7L 2TR-FE Dual VVT-i, menghasilkan output kuasa 166hp @ 5,200rpm dan tork 245Nm @ 4,000rpm.

Enjin dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan bersama sistem 4WD separuh masa dan kunci diferensial belakang (RDL ), sesuai untuk pemanduan jalan biasa atau off-road berat.

Suspensi Tahan Lasak

Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029

Bahagian suspensi menggunakan double-wishbone di depan dan sistem 4-link di belakang dengan spring koil, iaitu setup yang memberi keseimbangan antara keselesaan dan kemampuan off-road.

Ia juga dipasangkan rim aloi 18 inci dengan tayar 265/60 R18, brek cakera ventilasi depan dan belakang serta tayar ganti saiz penuh.

Kabin Premium, Gaya Praktikal

Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029

Masuk ke ruang dalaman, kabin tampil dengan tema hitam bersama kemasan kulit pada stereng, papan pemuka dan kerusi.

Antara ciri utama ialah kerusi pemandu elektrik boleh laras 8-tetapan, penyaman udara dwi-zon, penapis udara PM2.5, kluster instrumen digital 7 inci dan unit infotainmen 12.3 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri Keselamatan Lengkap

Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029

Toyota turut melengkapkan Toyota Land Cruiser FJ 2026 dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Toyota Safety Sense (TSS), seperti sistem Amara Perlanggaran Depan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Kawalah Jelajah Radar (RCC).

Turut tersedia ialah kamera 360º dengan casis lut sinar, sensor parkir depan dan belakang serta tujuh beg udara.

Aksesori Tulen Toyota

Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029

Bagi pembeli yang mahukan gaya lebih lasak, Toyota menawarkan beberapa pakej aksesori rasmi seperti Unbound Explorer Package, Urban Unique Package dan Freedom Journey Package.

Pakej itu merangkumi aksesori sepertisnorkel, rak bumbung ARB, pelindung bawah enjin, peneduh sisi (side awning) dan beberapa aksesori kosmetik tambahan untuk gaya advencer.

Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Toyota Land Cruiser FJ 2026 | BIMS 2029
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) off road lasak Off road toyota Roda4 suv toyota Toyota Toyota Hilux Champ Toyota Land Cruiser Toyota Land Cruiser FJ Toyota Land Cruiser FJ 2026
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    #NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
    Roda4

    Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

    03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Xiaomi SU7 2026 Generasi Baharu Lancar dengan Jarak Pandu Sejauh 902km!

    04/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    05/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.