• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #BIMS2018: Thailand Perkenal Toyota C-HR TRD untuk Varian Hibrid

#BIMS2018: Thailand Perkenal Toyota C-HR TRD untuk Varian Hibrid

March 28, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


SAWASDEE-KAP!
Kami di Bangkok bukan sekadar mahu mengisi perut dengan somtam dan tomyam, tetapi tujuan utama, mengunjungi Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) kali ke-39 di Negara Gajah Putih itu. Antara model paling menarik perhatian pengunjung yang bertandang ke Impact Muang Thong Thani itu ialah Toyota C-HR.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota itu, yang juga pesaing kepada Honda HR-V dan Mazda CX-3, baru saja dilancarkan di negara kita. Tetapi pengguna di Thailand sudahpun menerima tambahan varian baharu, C-HR TRD.

Di reruai Toyota Motor Thailand, C-HR TRD tampil dengan warna merah yang dipadankan bersama kemasan bumbung hitam yang juga dapat dilihat pada aksesori TRD seperti spoiler depan, spoiler hujung but, kemasan gril depan dan gerbang roda atau pelapik fender. Tidak ketinggalan rim dua tona 17-inci dengan warna hitam dan perak yang menyerlahkan lagi identiti crossover tersebut.

KOS TAMBAHAN HAMPIR RM10k

Toyota C-HR TRD
Toyota C-HR TRD Bangkok_PanduLaju (2)
Harga Toyota C-HR TRD

Pakej TRD itu dibekalkan untuk model C-HR Hybrid dan pembeli yang memilih pakej itu perlu membayar kos tambahan sebanyak ฿75,900 (RM9,447). Selain itu, Toyota Thailand turut menayangkan C-HR dalam kit Modellista.

C-HR Thailand didatangkan dalam dua varian enjin: 1.8L dan 1.8L Hybrid. 

Enjin 1.8L Dual VVT-i menghasilkan kuasa 138hp dan tork 175Nm dengan transmisi CVT, manakala varian Hybrid dijana enjin 1.8L 2ZR-FXE berkuasa 96hp dan tork 142Nm bersama paduan motor elektrik, 72hp dan tork 163Nm.

Harga model C-HR ialah seperti berikut:

  • 1.8L Entry - ฿979,000 (RM120,954)
  • 1.8L Mid - ฿1.039 juta (RM128,367)
  • 1.8L Hybrid Mid - ฿1.07 juta (RM132,083)
  • 1.8L Hybrid High - ฿1.159 juta (RM143,203)
GALERI
Toyota C-HR TRD
Harga Toyota C-HR TRD
Toyota C-HR TRD
Harga Toyota C-HR TRD
Toyota C-HR TRD
Toyota C-HR TRD
Toyota C-HR TRD
Harga Toyota C-HR TRD
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bangkok International Motor Show 2018, Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Toyota C-HR, Toyota Motor Thailand, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my