
SEORANG gadis dari wilayah Banten, Indonesia mencuri perhatian ramai apabila menggunakan nama unik berinspirasikan jenama automotif terkenal, iaitu Mercedes-Benz.
Remaja tersebut, yang dikenali sebagai Mercedes Salzabilla atau Salza, menjadi tular di media sosial selepas mendedahkan bahawa bukan dirinya sahaja, malah semua adik-beradiknya turut menggunakan nama berasaskan jenama kereta.
Satu Keluarga ‘Automotif’
Menurut Salza, abang sulungnya dinamakan Volvo, diikuti kakaknya Nissan dan Audi, sebelum dirinya yang menggunakan nama Mercedes.
Keunikan itu rupa-rupanya berpunca daripada minat mendalam bapanya terhadap dunia automotif.
Mungkin kerana bapa saya meminati automotif, jadi nama kami semua terinspirasi daripada itu,” katanya.
Fenomena ini sekali lagi membuktikan bagaimana minat terhadap automotif boleh diterjemahkan dalam cara yang cukup kreatif, hingga menjadi identiti seisi keluarga.
SUMBER: Kosmo











