Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket – Mahu Pikap atau Laju?
Roda2

#BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket – Mahu Pikap atau Laju?

ZYBy ZY25/01/201948 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KURANG puas hati dengan prestasi motosikal anda sekarang?

Kebanyakan penunggang yang menjadikan aktiviti menunggang motosikal sebagai hobi dan kegunaan praktikal, semestinya mahu sebuah jentera yang berkuasa. Namun, tidak ramai yang mampu menukar kunci* atas faktor ekonomi semasa.

* Tukar kunci = Naik taraf motorsikal baharu

Jadi, artikel kali ini akan berkongsi tentang beberapa tip modifikasi asas untuk menjadikan motosikal anda lebih pantas tanpa perlu berbelanja besar atau melakukan pengubahsuaian rumit.

Sproket: Nak Pikap atau Top Speed?

Sproket (daripada ejaan asal BI: sprocket) atau istilah lama BM, gegancu ialah komponen pacuan akhir unit transmisi yang bertindak menghantar tenaga putaran daripada enjin kepada roda belakang. Ramai sedia maklum, sproket depan dan belakang, termasuk set rantai yang menyambung kedua-dua komponen itu, akan mengalami kehausan dan perlu diganti baharu.

Tahukah anda, sproket juga boleh ditukar sebelum tiba masa? Itu boleh dilakukan jika anda termasuk dalam kategori penunggang yang mahu meningkatkan prestasi motosikal tanpa mengeluarkan banyak modal.


Ya, sproket boleh ditukar untuk mengubah nisbah pacuan akhir, sekali gus menjadikan daya kilas atau ‘pikap‘ motosikal anda lebih berkuasa, ATAU menambahkan lagi kelajuan maksimum jentera.

Sebelum dijelaskan lebih lanjut, perlu diingatkan, menukar sproket atau nisbah pacuan akhir sama sekali tidak akan menambah kuasa motosikal. Sebaliknya, hanya mengalihkan imbangan antara pecutan dan kelajuan melalui pengiraan nisbah pacuan akhir seperti di bawah ini:

Nisbah Pacuan Akhir = Jumlah Gigi Sproket Belakang / Jumlah Gigi Sprocket Depan

Berasaskan kiraan di atas, nilai nisbah tinggi akan meningkatkan pecutan, tetapi merendahkan kelajuan, manakala nilai nisbah rendah pula meningkatkan kelajuan, tetapi merendahkan pecutan.

SPROKET Y15ZR

Bagi memudahkan pemahaman, kita gunakan Yamaha Y15ZR sebagai contoh subjek kajian memandangkan moped itu begitu popular di kalangan penunggang tempatan yang mahukan prestasi maksimum.

Didatangkan dengan spesifikasi sproket depan, 14T dan sprocket belakang, 42T, nilai nisbah adalah bersamaan 3 (42/14). Simbol T adalah merujuk kepada ‘Teeth’ atau ‘Gigi’ yang kebiasaannya tertera pada permukaan sproket.

Penunggang moped Y15ZR yang mahukan kelajuan maksimum tinggi kebiasaannya akan merendahkan saiz sproket belakang 1 gigi, daripada 42T menjadi 41T dengan nisbah rendah 2.9. Bagi penunggang yang kerap membawa muatan berat pula, mereka boleh menaikkan saiz sproket belakang kepada 43T untuk nisbah lebih tinggi 3.1.

Saling kaitan nisbah sproket dan hasil diperoleh boleh dirujuk kepada jadual ringkas di bawah:

Bolehkah Tukar Sproket Ikut Step Lebih Besar, Misalnya, Sproket Belakang 39T untuk Lebih Kelajuan Maksimum?

Secara fizikal, boleh. Tetapi, seperti diterangkan sebelum ini, ada hubungan kontra yang mana peningkatan kelajuan bakal mengorbankan pecutan, dan motosikal perlu ditunggang lebih lama untuk mencapai kelajuan maksimum. Jadi, menukar step terlampau besar berisiko mengorbankan pecutan dan juga kelajuan maksimum.

Jadi, bagi motosikal yang tidak mengalami modifikasi naik taraf kuasa lain, lebih baik sproket belakang ditukar setahap ke setahap hingga anda mendapat imbangan kelajuan dan pecutan memuaskan. Begitu juga sproket depan, juga tidak boleh ditukar sembarangan kerana perubahan saiz walaupun cuma 1 gigi sproket depan adalah bersamaan perubahan saiz 3 gigi sproket belakang.

Ingat, ukuran saiz sproket di atas untuk Y15ZR sahaja (sebagai contoh subjek kajian). Bagi motosikal lain, sila dapatkan saiz sproket anda daripada buku manual, atau baca di forum-forum motosikal sama model. Selamat mencuba!

autotainment bikin motosikal gegancu Modifikasi modifikasi motosikal motosikal panduan sprocket sproket ubah suai y15zr
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

WMOTO Island 150, WMOTO Hawk 200i Rasmi Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM6,688, RM7,888

11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

11/02/2026
Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

11/02/2026

48 Comments

  1. Kusairy on 22/08/2017 12:39

    Bagaimana kira antar spoket.. dan berat badan… dan untuk y15 spoket belakang dibawah 40t… sesuai ke dengan kuasa y15 standert… dan sesuai atau tidak spoket depan dinaikkan..

    Reply
    • Samdol on 30/09/2019 10:56

      dok ahu la kawe…acu tera test..

      Reply
  2. Aniel on 01/11/2017 22:39

    Assalam.. Nk tnya pndapat.. Lc135 guna sprocket dpn 15t belakang 43t. Memandangkn sy mngguna kn sport rim tzm.. Ada epa2 efect pd engine?

    Reply
  3. MX King on 04/11/2017 15:18

    Salam.. Boleh tak suggest saiz sprocket yg sesuai utk berat bdn 50+kg? Skrg ni motor std kilang sprocket 14-42 top speed 127kmh gps. TQ.

    Reply
    • Wan hamim on 10/02/2018 20:26

      Klu badan berak 106kg mlk pkai sprocket brpe dngn motor legenda 115zr nk toop speed

      Reply
  4. anonimus on 27/06/2018 00:28

    150cc takkan tak leh pegi kalau pakai 15-36. 125cc pun sedap ja setting ni, naik bukit pun rilek je. selagi boleh naik bukit, ok lagi la. apa gunanya gear.

    Reply
    • amy on 05/01/2019 12:17

      lain bro… kau try la pakai 150cc guna spocket 15/36.. mahu pakai gear 4 sepanjang jalan.. hahhahahhahahhah

      sbb tu mtor besar semua guna spoket besar bapak…ada sebabnya bro.. 125 cc pakai 15/28 pon sedap lg bro… hahhaha

      Reply
    • Yehaa on 08/11/2019 20:27

      Tak cun laa untuk 125 aku, Klau turun 36, standard lagi dpt top

      Reply
  5. Muhammad Ikmal on 27/06/2018 18:04

    salam. ubah sproket ni ada kesan buruk pada enjin tak?

    Reply
    • jonathan on 25/05/2020 12:29

      takde kesan sama sekali..

      Reply
  6. Syahmi on 04/07/2018 19:24

    Mcm mna klaw dpan 16 belakang 40?

    Reply
  7. ayiemcino on 31/07/2018 02:19

    salam nk tnye untuk top speed ex90 demak mcm mne eh ?

    Reply
  8. Krakatoa on 19/08/2018 08:24

    Motor yang ada gear 5 dan 6 tak boleh nak kecilkan sangat spoket belakang. Cukup sekadar turun atau naikkan 2 mata sahaja spoket belakang tu. Lebih daripada itu gear 5 atau 6 tidak akan berfungsi. Prestasi motor akan jadi lebih teruk daripada kombinasi spoket asal kilang. Kalau motor hanya ada 4 gear boleh lagi turun spoket belakang tu sampai maksimum 3-4 mata. Sekadar berkongsi pengalaman main motor semenjak tahun 1985.

    Reply
    • apit on 31/08/2018 22:32

      kalau rs150 standard sporket apa y sesuai untuk berat badan 60 kg..

      Reply
      • Taufik on 09/01/2019 07:18

        16/45.. Sedap

        Reply
        • Man on 18/01/2019 18:51

          kalau berat 130 rs150r std saiz spocket yang sesuai?

          Reply
  9. apit on 29/08/2018 17:21

    kalau rs150 set sporket mna y sesuai untuk kita guna.. mintak tunjuk ajar sahabat

    Reply
  10. Ikmal on 02/10/2018 21:18

    Kalau 125zr size mane yg sesuai utk pick up dan top speed..

    Reply
  11. Mikoko on 26/01/2019 21:57

    kalau guna r25. jalan banyak cornering. size sprockets brapa disarankan..?

    Reply
  12. ayie on 13/02/2019 02:06

    sy pula pakai fz150,saiz asal 15 43 tapi bila gear 5 megerang try pakai 16 43 ok bila gear 5 top mati kenapa yer berat sy 100kg ,klau sy trun kan 14 depan ok ke yg spoket blkng 43 lg

    Reply
    • hairy on 12/01/2020 20:49

      kalau depan naikkan 1 mata sama mcm turunkan 3 mata sprocket belakang mmg top mati la… cuba maintain depan 15T tapi belakang just turunkan 1 atau 2 dari saiz asal…

      Reply
  13. angindewamuda on 13/02/2019 02:08

    sy pula pakai fz150,saiz asal 15 43 tapi bila gear 5 megerang try pakai 16 43 ok bila gear 5 top mati kenapa yer berat sy 100kg ,klau sy trun kan 14 depan ok ke yg spoket blkng 43 lg

    Reply
    • Unknown on 14/08/2019 22:25

      Tak baca habis ka apa yang admin tulis atas tu?!..

      “Jadi, bagi motosikal yang tidak mengalami modifikasi naik taraf kuasa lain, lebih baik sproket belakang ditukar setahap ke setahap hingga anda mendapat imbangan kelajuan dan pecutan memuaskan. Begitu juga sproket depan, juga tidak boleh ditukar sembarangan kerana perubahan saiz walaupun cuma 1 gigi sproket depan adalah bersamaan perubahan saiz 3 gigi sproket belakang.”

      Spoket standard FZ150 saiz 15-43
      Kau tukar 16-43,jadi spoket tu bersamaan dengan 15-40 kau pakai,patut la gear 5 top speed mati.

      Kira balik nisbah(ratio) spoket kau akan dapat macam bawah ni.

      43 ÷ 15 = 2.86 (ratio spoket saiz standard)
      43 ÷ 16 = 2.68 (ratio spoket dah rendah)

      40 ÷ 15 = 2.66 (ratio spoket dah nak sama dengan spoket 16-43,cuma lari 0.02 saja)

      Pendapat aku kau turun 1-2 mata saja spoket belakang tu pakai 15-41 atau 15-42.

      Sekian terima kasih.

      Reply
  14. Yusri on 03/03/2019 16:12

    Klu dinamik 12occ 6 speed utk pick up dan top speed

    Reply
  15. Albab on 18/03/2019 22:26

    Salam.bossku…haha.
    bos cena nak set spoket utk modenas kriss 110. sy dah modified enjin semua. blok 65 piston jaguh, jet rod 6mm. skrg sy pkai 15×30 428. pickup baik. tapi lajak kurg sikit. saiz apa yg sesuai utk top speed. terima kasih bosski

    Reply
    • otak lu on 12/01/2020 21:02

      besarkan la belakang sikit… bru la ada pikap sikit… dh tau top mati kecikkan lg sprocket apa psl… ni mst bikin motor ikut org ni… terpengaruh.. org bikin nk ikut bikin.. set sprocket pun x tau mcmana…

      Reply
  16. muzakkir on 22/04/2019 10:32

    salam boss..
    nak tye la setting y ssuai utk spoket rs150 bgi berat bdan 85-90kg..motor mseh standard kilang..tq

    Reply
  17. wan on 19/06/2019 21:05

    salam tuan2..
    sy cuma nk brtanya, spoket saiz apa sesuai untuk y15 stndard? skrang sy pakai 14t/40t bila bawa 100km ke ats enjin jadi bergegar.
    mohon pendapat tuan2 sekalian.

    Reply
    • azlan on 31/10/2019 11:33

      standard kilang 14-42

      Reply
  18. Naqib on 03/07/2019 02:04

    Assalam boss.. kalau berat badan bawah 55kg, spoket ap yang sesuai untuk dapatkan top speed??? Nie untuk motor y15zr.. mohon penjelasan ye.. trima kasih

    Reply
  19. Luqman on 02/09/2019 14:00

    Untk jalan jauh berat 45 hingga 50 kg sesuai pkai sporket brpe bos xnk bg smpi cut speed dgn sedap bwk

    Reply
  20. hh on 07/10/2019 11:59

    pki standard blik lah

    Reply
  21. Fauzi on 18/02/2020 14:42

    Sya guna sportket belakang 36 depan 13 kenapa motor rasa gegar bahagian stsm kaki nk lari lju rasa x puas mcm nk tekan lg gear bg lajak. Mcm mna. K buat klu sya pakai 32 sportket belakang blh x

    Reply
  22. pencari ilmu on 29/02/2020 15:42

    assalamualaikum. tumpang tanya. sy punya moto spec 65 jet 4mm. moto tak siap lagi, cuma sy nak tahu sprocket ratio berapa ye yang sesuai (range) ? maksudnya dah boleh pakai saiz 30 kebawah? dan waktu bila boleh naik atau turunkan sprocket depan ? nak try dapatkan topspeed pada aras rpm tak terlalu tinggi. berat sy bawah 55kg.

    Reply
  23. Mohd Fahmi Bin Othman on 08/03/2020 16:03

    Assalamualaikum saya guna motosikal y15. Saya selalu buat ulang alik pergi kerja. Motosikal saya 100% standart. Nak tanya, apakah sporket yang sesuai digunakan saya. Untuk makluman, saya lebih cenderung minat motosikal yang ada Top Speed.

    Sekian Terima Kasih

    Reply
  24. Gerry on 23/07/2020 16:03

    Kalau belakang size 38 depan saize berapa ya

    Reply
  25. Din on 23/09/2020 21:27

    Kalau motor y15zr dah dyno,contoh Masa dyno 15/42..kemudian Kita nak tukar semula 14/42..adakah kena dyno semula

    Reply
  26. Abdul Hadi Bin Rashid on 08/10/2020 14:11

    Saya pakai RS 150. Motor dah modified spec 62. Berat badan 130 kg. Size spoket yg sesuai berape ye

    Reply
  27. SYUKUR on 21/11/2020 19:11

    Boleh share size sporket yg sesuai untuk berat yg melebihi 150kg penunggang & penumpang.? Tq .Sy guna LC135 V6

    Reply
  28. Shaarwin on 03/01/2021 00:10

    Boss motor saya rs150 tayar size 130 motor standard spoket apa blh boss tolong

    Reply
  29. pengejar impian on 19/03/2021 21:20

    boss nk tnye moto standard modi tahap 1 ecu,cam,ekzos.. biase sprocket brpe sesuai utk long

    Reply
  30. Lead on 20/04/2021 16:59

    Meh sini nak bagi sedikit pencerahan. Asyik tengok orang tanya saiz sprocket ya g bagus moto sekian sekian.
    Takda jawapan tepat. Cari sendiri. Kaji dan belajar sprocket chart, kaji inertia kepanjangan rantai, barulah dapat jawapan untuk diri sendiri.
    Setakat copy saiz yang dicadangkan sesetengah orang, belum tentu ngam dengan kita.
    Standard orikilang pun dah keluarkan yg difikirkan sesuai untuk banyak kondis perjalanan, itu pun orang nak ubah lagi kepada yang seauai untuk diri masing-masing, maka carilah sendiri pakai kiraan. Google kan ada jadual.

    Reply
  31. Faizal on 05/06/2021 17:24

    Klu spec 57 nak pakai spoket bekang berapadepan berapa otai otai

    Reply
  32. Abu bakar on 07/12/2021 23:51

    Kalau spoket depan 16T dan belakqng 48 adakah ya akan menambahkan daya pecutan atau kelajuan
    Terimq kasih

    Reply
  33. IHK on 01/01/2023 23:49

    Macam mana nak tambahkan top speed skuter yg guna belting?

    Reply
    • Azhan O on 03/02/2023 19:52

      Tukar ECU, boleh tanya kedai motor

      Reply
  34. ina on 30/04/2023 08:44

    nk tanya moto rs150 v3 sepoket blkng 41 elk pkai sepoket brp ye??nk pick up dan nk bg laju moto tu

    Reply
  35. Anontimis on 07/11/2023 08:56

    Syarikat motor sekarang ni banyak menipu saja.. kata 150cc tapi peginya sama macam 125cc saja.. tukar spoket sikit terus hilang power.. cuba tukar ecu tengok, kaw kaw dapat power.. tapi tu lah.. kita malas nak kacau elektronik ni.. naik je lah pelan2..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.