Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Kereta»#BikinMotor: Yamaha Vixion (FZ150i) dari Streetbike Naked kepada Sportbike Fairing
Bikin Kereta

#BikinMotor: Yamaha Vixion (FZ150i) dari Streetbike Naked kepada Sportbike Fairing

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Vixion (Malaysia: FZ150i) sudah lama membina kubu di Indonesia sejak 2007. Sportbike itu ialah model pertama dikeluarkan Yamaha Motor Company yang menggunakan teknologi suntikan bahan api (FI).

Casis deltabox memberikan kelebihan kepada pemilik naked bike aras mula ini untuk mengubah suai model ini mengikut cita rasa peribadi. Contoh paling mudah ialah model  Vixion (2012) milik vlogger motosikal, Rizky dari Lampung, Indonesia ini yang diubah menjadi cukup ‘ganteng’.

Penggunaan saiz tayar besar langsung mengubah penampilan asal Vixion dari bentuk naked kepada sportbike fairing. Bagi merealisasikan sasaran itu, ada beberapa pilihan dipertimbangkan Rizky.

BACA >>> 5 Warna Baharu, Grafik Sporty untuk Yamaha Vixion dan Vixion R

Ini kerana banyak komponen plug-and-play (PNP) yang perlu ditelitikan Rizky supaya sesuai dan sepadan dengan jenteranya itu yang dinamakan ‘Si Porong’.  Dia akhirnya memilih konsep famili Yamaha R Series (sportbike fairing) yang menawarkan banyak komponen dan barangan modifikasi menarik untuk dicubapadankan.

Rekabentuk fairing R125 digabungkan dengan kit badan penuh YZF-R15 v2.0. Bagaimanapun, lampu brek R15 2.0 tidak boleh dilakukan secara PNP kerana bahagian casis perlu dirombak.

BACA >>> Yamaha FZ150i Kurang Ranggi? Sila Bikin Jadi Sportbike, Streetfighter atau Cafe Racer Sekarang!

Bagi memadankan bentuk belakang R15 kepada casis Vixion, Rizky serahkan saja kepada mekanik pakar. Dia kemudian menggunakan peg kaki asal R15, termasuk set pelana, manakala bahagian roda meminjam aksesori daripada streetbike FZ150.

Bahagian depan menggunakan replika R125 daripada hasil kerja tangan bengkel Jawa Timur AE Custom yang berharga Rp3.5 juta (RM1,040). Bagi menjadikan ia lebih sempurna dan mirip jentera asal, Rizky berjaya mendapatkan reflektor tulen R125 pada harga sama.

Inilah rupa asal Yamaha Vixion (2012).

Bahagian kaki dipasangkan rim V-Rossi 3.5-inci (depan) dan 5.5 inci (belakang), berharga kira-kira Rp2 juta (RM594) yang dipadankan set tayar Pirelli Diablo SC terpakai saiz 120 dan 190. Hasilnya, nilailah sendiri.

BACA >>> Yamaha YZF-R125 (2019) – Sportbike Siri R Paling Bongsu Didedahkan
BACA >>> Yamaha Y15ZR Versi Doxou Diperkenalkan, Harga RM8,868 Sahaja – RM700 Lebih Mahal Banding Biasa!

GALERI

SUMBER: IwanBanaran

bikinmotor Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kustom Modifikasi PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) R15 Yamaha Yamaha FZ150i Yamaha Indonesia Yamaha Vixion YZF R125
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Kereta

#BikinAuto: Shelby GT350TR Dari Trick Rides, Coyote V8 700 hp, Lebih RM1.3 Juta!

17/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Bikin Kereta

#BikinAuto: Ini Ciri Khas Škoda Kodiaq Polis Republik Czech!

08/01/2026
Yamaha WR125R ABS 2026
Roda2

Yamaha WR125R ABS 2026 Lancar di Jepun, Harga Mula RM14k

19/12/2025
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.