Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Kereta»#BikinMotor: Vespa PX 150 ‘Pseudo-Scrambler’, Skuter Kustom Ekstrem dari Rusia
Bikin Kereta

#BikinMotor: Vespa PX 150 ‘Pseudo-Scrambler’, Skuter Kustom Ekstrem dari Rusia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BUTCHER Garage memang pakar dalam bidang skuter kustom ekstrem. Idea yang lahir dari bengkel di Saint Petersburg, Rusia itu boleh dijadikan rujukan kepada pencinta Vespa di luar sana, termasuk Malaysia juga kalau ada yang berminat.

Baru-baru ini, bengkel kustom itu, yang dijalankan tiga sekawan: Alex, Mitya dan Miha, memperkenalkan Escape iaitu Vespa PX 150 kustom bertema pseudo-scrambler. Motor tersebut ialah hasil kerjasama antara Butcher Garage dan SIP Scootershop, iaitu bengkel dan pembekal aksesori aftermarket skuter dari Jerman.

Tema pseudo-scrambler dipilih kerana trend motosikal masa kini lebih kepada jentera dual-purpose selain memenuhi keinginan pengguna yang mahukan skuter versi dua alam. Sebagi contoh, hampir setiap pengeluar motosikal di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tampil mempamerkan scrambler.

KARAKTER ‘DESERT SLED’

Escape menampilkan karakter Desert Sled 1960-an dan 70-an, yakni scrambler gaya off-road seperti dalam filem Steve McQueen (1963). Operasi ubah suai dimulakan dengan memindahkan tangki minyak Husqvarna 1970-an pada bahagian casis Vespa sebelum memasang pelana dengan rekaan menyerupai motosikal BSA klasik.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Scrambler yang Perlu Anda Tahu

Perubahan absorber mempengaruhi panjang lejang dan berat Vespa serta mengisi ruang bawah tangki yang menyumbang kepada lebar roda belakang 130/90-10. Skuter itu kemudian dilengkapi tetapan brek hidraulik penuh termasuk kaliper aluminium dengan piston besar, cakera Galfer dan hos keluli sirat Spiegler.

Fungsi gear tangan jenis putar ‘twist shift’ digantikan kawalan kaki menerusi kotak sekuensial yang dibangunkan sendiri Butcher. Ini menghasilkan kokpit motosikal tradisional, manakala hendal Fat Bar dilengkapkan terotel Domino, tuil klac boleh lipat, dan silinder master brek SIP. Suis pemati enjin dipasangkan pada clamp depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Street Tracker, Dari Trek Kotor ke Jalan Raya

Di tengah hendal tersedia takometer SIP bulat yang lengkap dengan paparan digital untuk kelajuan dan suhu. Menariknya, Butcher turut merekabentuk papan nombor jenama SIP yang ditebuk lubang dan tersembunyi lampu LED di sebaliknya. Lampu belakang juga daripada SIP tetapi dengan sedikit sentuhan modifikasi.

UBAH SUAI TOTAL

SIP turut membekalkan sistem penyejukan air Parmakit dengan radiator yang tersorok di sebalik badan skuter bersama pam Malossi. Bukan itu saja, pengubahsuaian juga melibatkan pemilihan kotak engkol Pinasco dan silinder Parmakit 177cc, termasuk aci engkol, blok injap buluh (reed valve), sistem pencucuhan, klac dan aci pacu.

Hasilnya, Vespa itu kini dijana karburetor Keihin yang dipadukan penapis lumba Ramair, dan segalan tenaga dilepaskan keluar menerusi ekzos lumba SIP. Tiub ekzos ‘keriting’ menawarkan dua fungsi, iaitu meningkatkan tinggi tunggangan, dan menghasilkan keseimbangan visual antara sisi kanan dan kiri motosikal.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?

Akhir sekali, Butcher Garage menggabungkan warna korporat SIP (hitam, merah dan putih)) dengan bantuan rekaan garapan Anton Gorbunov, manakala Ksenia Deryagina menyempurnakan bahagian mengecat.

GALERI

SUMBER: BikeExif

bikin motor bikinmotor Butcher Garage Modifikasi pseudo-scrambler roda2 skuter Vespa Vespa PX 150
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Kereta

#BikinAuto: Shelby GT350TR Dari Trick Rides, Coyote V8 700 hp, Lebih RM1.3 Juta!

17/01/2026
QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
View 5 Comments
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.