Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Suzuki Thunder 125 dengan Gaya Brat+Tracker Retro
Bikin Auto

#BikinMotor: Suzuki Thunder 125 dengan Gaya Brat+Tracker Retro

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia modifikasi Indonesia, motosikal jenis streetbike atau ‘jipang’ paling banyak diubah suai, seperti Honda Tiger, Yamaha Scorpio hingga generasi Honda CB Series.

Ini kerana pembikinan motosikal jenis itu boleh saja mengabaikan aspek kapasiti enjin, dan cuma perlu menumpukan ubah suai gaya badan. Kos juga lebih murah dan pantas pula dilakukan.

Namun, semua itu berbeza buat David yang sanggup memikirkan apakah tema paling sesuai untuk mengubah suai Suzuki Thunder 125 miliknya supaya tampil berbeza dengan puluhan model kustom sedia ada. Cabaran pertama perlu dia dihadapi ialah enjin yang sukar  dihidupkan. Malah penghidup elektrik langsung tidak berfungsi.

Inilah rupa asal Suzuki Thunder 125.

Suis lampu dan spidometer juga rosak, manakala lampu utama menyala ibarat cahaya lilin. Malap semalap-malapnya. Begitu juga penutup bateri sebelah kanan yang sudah hilang, dan cat pula kusam dengan kondisi pelana robek. Semua itu diterima David secara pejam sebelah mata kerana harga ditawarkan pemilik asal motosikal itu sangat murah.

Selepas berbincang dengan Wahyu Hidayat selaku pemilik bengkel Diwa Creative Studio, mereka bersepakat mengubah suai Thunder 125 menjadi motor gaya brat dan tracker.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?

ENJIN LEBIH BERKUASA

Thunder 125, yang terkenal dengan julukan sportbike ‘lembut’, menerima perubahan besar pada bahagian enjin. Model 2012 itu dipasangkan pengimbang aka balancer enjin untuk mengurangkan gegaran, manakala klac dipadankan gear ‘gunting’ untuk  meredakan dengungan bahagian tersebut.

Semua kemas kini itu digabungkan dengan karburator PE28 daripada Suzuki TDR dengan penapis udara lumba, serta menggunakan unit CDI daripada BRT. Hasilnya, kuasa dan tork bertambah 15-20 peratus hingga terasa seperti menunggang jentera 150cc.

Bahagian belakang dipotong dan direka baharu ala ekor angsa dengan menggunakan diameter paip sama seperti frem asal.

Kini, Thunder 125 kini tampil dengan pelana tunggal dan ditambah rak belakang krom gaya retro. Tangki minyak turut dikemas kini supaya berbentuk ramping engan menggunakan plat besi setebal 1mm. Penutup tangki pula menggunakan jenis pop-up hanya perlu tekan dan putar.

Badan sisi dan penutup bateri dicabut serta dibiarkan terbuka supaya tampak ringkas seperti jentera brat. Supaya lebih menarik, streebike Suzuki ini menggunakan fork depan Yamaha Byson dengan diameter 41mm, lebih besar daripada komponen asal bersaiz 30mm. Suspenci belakang pula menggunakan dwi absorber jenis gegelung buatan NTC.

Sistem henti menggunakan brek cakera di belakang sebagai ganti brek dram. Rim masih mengekal  saiz model lama, 18 inci dengan tayar bunga dadu Primaax sebagai pelengkap gaya tracker.

BACA>>>#BikinMotor: Kos Ubah Suai Kawasaki Ninja 250 Ini Cecah Harga Motor 4-Silinder!

LAMPU DAYMAKER BULAT

Sistem pencahayaan menggunakan lampu jenis daymaker bulat 6 inci, manakala bahagian belakang dihiasi lampu bersaiz sangat kecil untuk lampu signal dan lampu belakang utama (bentuk anak panah).  Seluruh frem, swingarm, kepala silinder enjin dan badan sisi disemburkan cat hitam berkilat.

Tangki dan madgad pula dicatkan perak dengan kemasan hitam yang kemudian dihiaskan logo ‘petir’ (thunder) biru supaya sesuai dengan nama model yang diubah suai. Blok enjin yang kotor dan kusam digantikan warna kelabu.  Warna krom asli dikekalkan pada bahagian hendal, klamp tripel, damper absorber dan beberapa bahagian logam lain.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

Paduan warna hitam, perak dan krom yang dominan menyerlahkan gaya klasik jentera kustom ini sambil diserikan pelana merah untuk imej lebih nakal.

SUMBER: DapurPacu

bikin motor bikinmotor brat GPS Tracker Jipang kapcai Suzuki Modifikasi motor kustom roda2 Suzuki Suzuki Malaysia Automobile Sdn Berhad Suzuki Thunder 125 tracker ubah suai
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    08/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.