• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Suzuki Thunder 125 dengan Gaya Brat+Tracker Retro

#BikinMotor: Suzuki Thunder 125 dengan Gaya Brat+Tracker Retro

July 2, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM dunia modifikasi Indonesia, motosikal jenis streetbike atau 'jipang' paling banyak diubah suai, seperti Honda Tiger, Yamaha Scorpio hingga generasi Honda CB Series.

Ini kerana pembikinan motosikal jenis itu boleh saja mengabaikan aspek kapasiti enjin, dan cuma perlu menumpukan ubah suai gaya badan. Kos juga lebih murah dan pantas pula dilakukan.

Namun, semua itu berbeza buat David yang sanggup memikirkan apakah tema paling sesuai untuk mengubah suai Suzuki Thunder 125 miliknya supaya tampil berbeza dengan puluhan model kustom sedia ada. Cabaran pertama perlu dia dihadapi ialah enjin yang sukar  dihidupkan. Malah penghidup elektrik langsung tidak berfungsi.

Inilah rupa asal Suzuki Thunder 125.

Suis lampu dan spidometer juga rosak, manakala lampu utama menyala ibarat cahaya lilin. Malap semalap-malapnya. Begitu juga penutup bateri sebelah kanan yang sudah hilang, dan cat pula kusam dengan kondisi pelana robek. Semua itu diterima David secara pejam sebelah mata kerana harga ditawarkan pemilik asal motosikal itu sangat murah.

Selepas berbincang dengan Wahyu Hidayat selaku pemilik bengkel Diwa Creative Studio, mereka bersepakat mengubah suai Thunder 125 menjadi motor gaya brat dan tracker.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?

ENJIN LEBIH BERKUASA

Thunder 125, yang terkenal dengan julukan sportbike 'lembut', menerima perubahan besar pada bahagian enjin. Model 2012 itu dipasangkan pengimbang aka balancer enjin untuk mengurangkan gegaran, manakala klac dipadankan gear 'gunting' untuk  meredakan dengungan bahagian tersebut.

Semua kemas kini itu digabungkan dengan karburator PE28 daripada Suzuki TDR dengan penapis udara lumba, serta menggunakan unit CDI daripada BRT. Hasilnya, kuasa dan tork bertambah 15-20 peratus hingga terasa seperti menunggang jentera 150cc.

Bahagian belakang dipotong dan direka baharu ala ekor angsa dengan menggunakan diameter paip sama seperti frem asal.

Kini, Thunder 125 kini tampil dengan pelana tunggal dan ditambah rak belakang krom gaya retro. Tangki minyak turut dikemas kini supaya berbentuk ramping engan menggunakan plat besi setebal 1mm. Penutup tangki pula menggunakan jenis pop-up hanya perlu tekan dan putar.

Badan sisi dan penutup bateri dicabut serta dibiarkan terbuka supaya tampak ringkas seperti jentera brat. Supaya lebih menarik, streebike Suzuki ini menggunakan fork depan Yamaha Byson dengan diameter 41mm, lebih besar daripada komponen asal bersaiz 30mm. Suspenci belakang pula menggunakan dwi absorber jenis gegelung buatan NTC.

Sistem henti menggunakan brek cakera di belakang sebagai ganti brek dram. Rim masih mengekal  saiz model lama, 18 inci dengan tayar bunga dadu Primaax sebagai pelengkap gaya tracker.

BACA>>>#BikinMotor: Kos Ubah Suai Kawasaki Ninja 250 Ini Cecah Harga Motor 4-Silinder!

LAMPU DAYMAKER BULAT

Sistem pencahayaan menggunakan lampu jenis daymaker bulat 6 inci, manakala bahagian belakang dihiasi lampu bersaiz sangat kecil untuk lampu signal dan lampu belakang utama (bentuk anak panah).  Seluruh frem, swingarm, kepala silinder enjin dan badan sisi disemburkan cat hitam berkilat.

Tangki dan madgad pula dicatkan perak dengan kemasan hitam yang kemudian dihiaskan logo 'petir' (thunder) biru supaya sesuai dengan nama model yang diubah suai. Blok enjin yang kotor dan kusam digantikan warna kelabu.  Warna krom asli dikekalkan pada bahagian hendal, klamp tripel, damper absorber dan beberapa bahagian logam lain.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

Paduan warna hitam, perak dan krom yang dominan menyerlahkan gaya klasik jentera kustom ini sambil diserikan pelana merah untuk imej lebih nakal.

Suzuki Thunder 125_2
Suzuki Thunder 125_1
Suzuki Thunder 125_4
Suzuki Thunder 125_6
Suzuki Thunder 125_3
Suzuki Thunder 125_5

SUMBER: DapurPacu

Artikel Berkaitan

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, brat, GPS Tracker, Jipang, kapcai Suzuki, Modifikasi, motor kustom, roda2, Suzuki, Suzuki Malaysia Automobile Sdn Berhad, Suzuki Thunder 125, tracker, ubah suai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my