Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#BikinMotor: Suzuki Katana Brand New Jack dengan Konsep Gundam, Robotech
Roda2

#BikinMotor: Suzuki Katana Brand New Jack dengan Konsep Gundam, Robotech

Brader ShawnBy Brader Shawn09/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN setiap hari Icon Motosports dapat peluang mengubah suai model motosikal baharu. Biasanya, cuma model lama yang akan tiba ke pintu premis mereka di Portland, Oregon, Amerika Syarikat (AS).

Namun, kali ini sedikit berbeza apabila Suzuki USA mengirim Katana (2020) kepada syarikat modifikasi itu untuk satu projek istimewa.

Apabila Suzuki minta kami memotong sebuah Katana baharu, kami memang gembira. Tetapi Suzuki minta kami siapkannya dalam tempoh 30 hari.

“Biasanya, sebuah motosikal kustom Icon dihasilkan dalam tempoh panjang 12 hingga 18 bulan. Jadi, untuk siapkan dalam masa 30 hari, ini memang cabaran besar.”

– KURT WALTER, Pengarah Rekabentuk Icon Motosports

Robotech VF-1J
Gundam RX-78-2

Setiap proses pembinaan motosikal di Icon bermula dengan penetapan konsep. Dalam projek ini, robot Gundam dan gadis siber dalam Robotech dijadikan pilihan. Menurut Walter, kebanyakan rekabentuk asal konsep dikekalkan dan apa yang tidak perlu akan dibuang. Katana perlu jadi seperti sebuah pesawat angkasa.

“Misi kami ialah mengubah suai wajah mekanikal Katana menjadi ‘Transformers’ penuh. Kita perlu terima fakta, siapa pula yang tak mahu tengok motosikal satu liter bertukar jadi robot singa terbang dengan hanyatekan butang?” katanya.

BACA >>> Dua Beradik Bikin Motor Banjir Dua Jam Saja!

Walter dan pasukannya memilih gaya 80-an untuk rekabentuk badan dan menggunakan skema warna neon terang sebagai sentuhan kosmetik. Jika diteliti, unit ini ada sepasang winglet.

Katana Brand New Jack ini mewarisi beberapa ciri binaan Icon terdahulu seperti port kembar isian petrol gaya enduran.

“Ia melibatkan banyak kerja memotong dan mencanai dengan harapan tangki petrol tak meletup. Berita baik, penutup tangki diperbuat daripada plastik,” kata Walter lagi.

Tiada mana-mana motosikal yang keluar dari garaj Icon tanpa mendapat sentuhan naik taraf sistem suspensi premium. Model ini menerima suspensi Nitron dengan tabung piggyback di belakang dan kit kartrij Nitron untuk fork terbalik (USD) 43mm daripada Kawasaki Ninja ZX-10 (2017).

Rim Galespeed 17 inci yang dipasangkan pada Katana Brand New Jack ini diimport terus dari Jepun. Brek cakera tanpa lubang dikustomkan EBC, manakala tayar jenis 3D Ultra Sport daripada Avon.

Pemasangan sistem ekzos Leo Vince agak rumit kerana kru Icon perlu membuat beberapa tetapan seperti memotong dan memasang komnponen itu di bawah enjin. Bar hendal Driven Racing dihasilkan daripada material gentian karbon. Tambahan lain ialah klac hidraulik ringan Magura Hymec dan brek master Magura HC3.

Hasilnya memang mengujakan!

BACA >>> #BikinMotor: Mat Motor Jepun Bikin Suzuki Katana Kacuk Yamaha

GALERI
Robotech VF-1J
Gundam RX-78-2

SUMBER: BikeExif| ShiokToys|GKGundamKit

bikin motor Gundam Icon Motorsports Modifikasi Robotech suzuki katana Suzuki Katana Brand New Jack Suzuki USA
Brader Shawn

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.