• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Motor 250cc Baru Beli Terus Bikin Jadi Suzuki GSX-R150, Kos RM18.2k

#BikinMotor: Motor 250cc Baru Beli Terus Bikin Jadi Suzuki GSX-R150, Kos RM18.2k

September 9, 2020 By AI Leave a Comment

494
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKALI pandang sportbike suku liter ini nampak ganas. Apa tidaknya, modifikasi hasil sentuhan bengkel Indonesia, AR Custom di Bogor ini melibatkan kos sebuah motosikal 250cc di sana, iaitu sekitar Rp35 juta (RM9,875). Bukan kaleng-kaleng punya belanja.

Modifikasi itu, yang mengambil rekabentuk asal Suzuki GSXR-150, bukan mudah kerana melibatkan proses kerja rumit. Menurut AR Custom, cabaran terbesar ialah casis belakang kerana perlu dipotong bagi mendapatkan frem belakang GSX-R150 yang lebih pendek dan memerlukan banyak penyesuaian.

BACA >>> Thailand Lancar Suzuki GSX-S150 SE

Kami mulakan dari bahagian frem yang dipotong dan badan belakang dikustom. Bahagian roda pula menggunakan komponen aftermarket Yamaha R-15. Perubahan itu bukan sekadar menjadikan penampilan motosikal ini lebih maskular tetapi turut mengambil kira aspek keselesaan dan keselamatan ketika menunggang."

Malah sportbike kustom ini masih berbau kedai yang mana rekod perbatuan hanya 27km. Jadi apakah perubahan lain dilakukan AR Custom?

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) Ride IT dan monoshock RCB, lalu dipadankan dengan brek master RCB di depan dan kaliper brek RTC (depan dan belakang). Jenis tayar menggunakan set Dunlop Alpha13 Sportmax. Komponen lain digunakan ialah swingarm R-15, ekzos GRC X14, fender depan V2 AR Custom, pelana tunggal Kevlar, penutup tangki minyak V3 AR Custom, lampu projie V3 AR Custom dan visor V3 model MRA.

Kemasan badan menggunakan skema warna biru-putih hologram yang dipadankan lampu belakang kustom. Bahagian unit kawalan elektronik (ECU) pula menggunakan unit BRT Juken 5 Racing Turbo Pro. Semua kerja transformasi motosikal yang dirahsikan model asal ini mengambil masa dua bulan untuk disempurnakan.

Konsep seragam Suzuki itu ditambah dengan perincian grafik dan tulisan Pratala, manakala sentuhan hologram menjadikan penampilan sportbike ini lebih elegan, termasuk modifikasi bahagian belakang menerusi penggunakaan lampu Ninja Mono  3-in-1.

Dengan kos beli motosikal bernilai Rp30 juta (RM8,450) dan belanja modifikasi mencecah Rp35 juta (RM9,875), jumlah keseluruhan dibelanjakan ialah RM18,325. Pasti ramai bingung dan hairan dengan tindakan ekstrem pemiliknya.

Namun bagi mereka yang memang gila kustom, apa dilakukan ini semestinya memberikan kepuasan dan membanggakan. Hmmm...

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-S150 dengan Fork USD, Swingarm R15
BACA >>> Aprilia GPR 150 ABS dengan Seragam Lebih Sporty Lancar di China, Harga RM14k

GALERI
Suzuki GSX R150 mod_4
Suzuki GSX R150 mod_6
Suzuki GSX R150 mod_2
Suzuki GSX R150 mod_3
Suzuki GSX R150 mod_5
Suzuki GSX R150 mod_9
Suzuki GSX R150 mod_8
Suzuki GSX R150 mod_1
Suzuki GSX R150 mod_10

SUMBER: IwanBanaran

Artikel Berkaitan

494
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, sportbike, sportbike 150cc, Suzuki, Suzuki GSX-R150

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my