• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Lelaki Ini Baik Pulih Semula Honda XL125S Demi Ayah

#BikinMotor: Lelaki Ini Baik Pulih Semula Honda XL125S Demi Ayah

February 7, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMILIK Honda XL125S boleh dianggap memiliki harta karun di kalangan pencinta motosikal trail klasik. Apatah lagi kalau motosikal itu ialah warisan bapa yang dulu bekas pelumba motocross era 1970-an. Tidak mahu dibiarkan begitu saja, Susanto Gunawan membaik pulih jentera bapanya itu menjadi baharu.

Supaya tampil lebih menarik, Susanto mengemas kini gaya jentera bentuk klasik. Sedekad lalu, motosikal itu pernah dibaik pulih, tetapi cuma ubah suai biasa. Tetapi kali ini, modifikasi major dilakukan sebagai hadiah kepada pemilik pertama, bapanya sendiri.

BACA >>> 5 Fakta Pantas | KTM XC-W (2019) - Cross Country 2-Lejang Versi Kemas Kini

Masih lagi mengekalkan imej klasik motocross, XL125S disembur warna seragam triwarna Honda HRC.

Honda XL125S-3
Honda XL125S-8
Honda XL125S-6
Honda XL125S-10

“Saya bina semula dengan konsep HRC, pilihan warna itu menarik perhatian dan jarang digunakan kerana rata-rata pengguna pasti akan guna warna merah untuk XL," katanya.

Malah, seragam merah-biru-putih juga ialah warna legenda Honda yang berasal daripada jersi kebanggaan pelumba motocross, Marty Smith dan Pierre Karsmakers di Honda America pada 1973. Proses modifikasi dibuat di bengkel sendiri di Speedking Motorcycle.

BACA >>> #BikinMotor: Honda GL400 (1981) Versi Cafe Racer, 100 Peratus Berubah Wajah

Bahagian fork depan, hendal dan brek dram depan diambil daripada Suzuki TS 125. Sementara tangki, lampu belakang dan lampu isyarat membelok masih mengekalkan yang asli. Oleh kerana sukar untuk mendapat komponen selepas pasaran, Susanto menghasilkan sendiri pelindung sisi kiri dan kanan daripada gentian untuk kelihatan seperti yang asal.

Pelana kustom disesuaikan dengan konsep awal trail vintaj dan kemudian dipadankan dengan ekzos Honda CB simpanan ayahnya selama 45 tahun, bahkan lebih tua daripada umurnya sendiri.

GALERI

SUMBER: NaikMotor

Artikel Berkaitan

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, dirt bike, Honda XL 125S, Honda XL125S, Marty Smith, motorcross, Pierre Karsmakers, roda2, Speedking Motorcycle, Suzuki TS 125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my