Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#BikinMotor: Bobber Kustom Sentuhan Winterless Craft dari Korea Selatan
Roda2

#BikinMotor: Bobber Kustom Sentuhan Winterless Craft dari Korea Selatan

Brader ShawnBy Brader Shawn27/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMINGGU selepas menonton rancangan Biker Build-Off di saluran Discovery Channel, Tae Hyeong Ha nekad meninggalkan kerjayanya sebagai pereka untuk menceburi bidang motosikal kustom.

Dia membuka bengkel Winterless Craft di bandar satelit Namyangju di Lebuh Raya Lingkaran Seoul dan berkongsi bersama Daegun Jung yang menguruskan hal perniagaan. Apa dilakukan sangat berisiko kerana budaya motosikal kustom di Korea Selatan terlalu kecil, dan agak ketinggalan berbanding negara lain.

Malah, undang-undang Korea Selatan juga tidak membenarkan frem motosikal diubah suai atau motosikal baharu yang menggunakan sistem karburator didaftarkan.

BACA >>> BMW R 18 (2021) Lancar, Cruiser Klasik Moden dengan Prestasi Buas

Selepas 15 tahun berkecimpung dengan karier baharu, Hyeong Ha menghantar model cruiser itu ke Yokohama Hot Rod Custom Show di Jepun. Ia juga mungkin motosikal pertama Korea yang muncul pada acara anjuran Mooneyes.

Rakannya, Jung berkata;

Ketika memulakan projek ini, kami bercadang membina frem sendiri. Tetapi ia bercanggah dengan undang-undang Korea jika motosikal tersebut berada atas jalan. Jadi, kami memutuskan menggunakan motosikal sedia ada yang sudah didaftarkan.”

Hyeong Ha kemudian berjaya menjejaki seorang pemilik motosikal kustom dengan enjin S&S 93ci Shovelhead dan transmisi 4-kelajuan. Winterless Craft memilih gaya bobber old-skool dengan menggunakan komponen moden .

Kami fikir enjin 93ci dan kotak gear 4-kelajuan tidak sesuai untuk keselesaan tunggangan, jadi kami pilih (transmisi) 5-kelajuan daripada Baker.”

“Ia dibina untuk pameran. Tetapi falsasah kami utnuk motosikal kustom, ia mesti boleh ditunggang atas jalan raya setiap masa. Bagi trenkuasa dan sistem brek, kami menggunakan komponen yang reliabel daripada pengeluar terkenal.”

Negara paling dekat mendapatkan alat ganti enjin V-Twin dengan jenama dipercayai ialah Jepun. Secara purata, setiap hantaran barang mengambil masa hampir 10 bulan.

Sistem brek terdiri daripada kaliper, silinder utama dan tuil dengan konsol kawalan Performance Machine.  Rim 19 inci di depan dan 18 inci di belakang berjenama RSD Hutch yang dipilih kerana memiliki rekaan seakan salji, iaitu simbol sama seperti Winterless Craft.

Hampir kebanyakan komponen digunakan adalah buatan sendiri termasuk tangki minyak terpisah berasaskan keluli, bar hendal, alatan kawalan kaki dan peg kaki serta penutup tangki minyak.

Hyeong Ha juga mencipta pelbagai lapisan braket mounting (mounting bracket) dan pelana tunggal serta fender khas yang boleh diikat pada frem motosikal. Pelana tunggal itu mempunyai tapak gentian kaca dan dibalut kulit putih buatan syarikat pakar tempatan, Right Hands.

Frem motosikal ini disembur biru lembut (icy blue flake) selepas rancangan asal untuk menyadurkan krom gagal. Ini kerana Hyeong Ha tidak dapat mencari pakar sadur yang ada bekas besar untuk menempatkan frem di dalam.

Sistem ekzos kustom dipasang rapat dengan frem motosikal dan pelindung haba untuk mengelakkan kesan terbakar pada kulit penunggang. Eksoz pada mulanya dicat perak dan nampak kurang mengancam. Jadi terpaksa dikromkan.

Fork springer daripada Led Sled Customs di Amerika Syarikat, manakala wayar elektrik disorokkan dalam frem, dan semua kawalan dibuat menerusi Motogadget m.unit dan Motogadget speedo.

Walaupun motosikal ini sudah tampil cukup menakjubkan, tetapi Hyeong Ha masih tidak berpuas hati. Menurut Jung, dia sebenarnya mahu buat lebih lagi. Winterless Craft pula merancang menghasilkan motosikal kedua untuk acara sama tahun 2022.

GALERI

SUMBER: BikeExif

bikin motor bobber Bobber Kustom Daegun Jung Modifikasi S&S 93ci Shovelhead Tae Hyeong Ha Winterless Craft
Brader Shawn

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.