• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender

#BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender

June 1, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM sejarah Twisted Automotive (Twisted) selama 21 tahun, syarikat berpangkalan di Yorkshire, utara England itu hanya menumpukan perhatian pada modifikasi dan baik pulih Land Rover Defender.

Rekod itu bakal dipecahkan apabila syarikat itu mengubah suai Suzuki Jimny, dan model awal ditawarkan ialah varian 2-pintu, Suzuki Jimny Light Commercial Vehicle (LCV).

Model asas Suzuki Jimny LCV dijana enjin 1.5L K15B dengan transmisi manual 5-kelajuan, sistem pacuan empat roda 4WD ALLGRIP PRO dengan gear pindahan rendah, Sokongan Brek Sensor Kembar dan kawalan jelajah berserta pengehad kelajuan.

Sebagai kenderaan komersial, Suzuki Jimny LCV mempunyai kapasiti muatan 863 liter dengan lantai rata dan pemisah kargo. Perincian spesifikasi teknikal akan didedahkan kemudian.

Pengasas dan Pengarah Urusan Twisted Automotive, Charles Fawcett (foto atas, berdiri paling kanan) pernah memiliki sebuah Suzuki SJ (model asal Jimny) warna coklat, iaitu kenderaan 4x4 kedua dimilikinya selepas Land Rover 109. Beliau juga pernah memiliki Suzuki LJ80.

Menurutnya, tidak banyak kenderaan seperti Suzuki Jimny masih dikeluarkan hingga kini yang memiliki karakter pemanduan sama seperti model terdahulu.

Mengenai apa mahu dilakukan, beliau memaklumkan Suzuki Jimny versi Twisted  akan dinaik taraf dari segi pengendalian dan kuasa. Antaranya rim dan tayar, dan suspensi, termasuk melibatkan penebat bunyi, antaramuka media, sistem audio dan bahagian dalaman tersendiri.

Twisted juga bekerjasama dengan Front Runner untuk membekal dan memasang aksesori Suzuki Jimny wajah baharu itu. Harga pula dijangka di bawah £50,000 (RM278,490).

Selain model penuh sendiri, Twisted Automotive juga akan membuat pengubahsuaian kepada Suzuki Jimny milik pelanggan.

BACA >>> UK Perkenal Suzuki Swace (2023), Wagon daripada Toyota Corolla Touring, Harga Mula RM155k
BACA >>> SUV Konsep Elektrik Suzuki eVX Diperkenal, Bakal Lancar 2025

Projek Land Rover Defender 110 sentuhan Twisted Automotive

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Auto, Bikin Kereta, Jimny by Twisted, Jimny by Twisted Automotive, Roda4, Suzuki, Suzuki Jimny, Suzuki Jimny LCV, Twisted Automotive

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my