• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

#BikinKereta: Proton Satria Speed Warrior yang Mahu Jadi Jaguh Trek!

January 17, 2019 By AI Leave a Comment


ZAMAN kegemilangan Proton suaatu masa dulu tidak perlu lagi diungkapkan. Banyak model keluaran Proton terbukti berprestasi apabila berentap dalam perlumbaan trek dan rali. Salah satu model yang sering menjadi rebutan ialah Satria.

Jentera ini tidak pernah jemu daripada menjadi santapan kaki bikin kereta di luar sana, terutama mereka yang memberikan tumpuan penuh terhadap aspek kuasa.

BACA >>> Legasi Proton Satria R3 dalam Kenangan, Bukti Pencapaian Automotif Tempatan

ENJIN MITSUBISHI 4G92 MIVEC

Proton Satria-12
Proton Satria-18
Proton Satria-13

Satria kali ini jangan dipandang enteng. Enjin di bawah bonet menerima sentuhan bengkel Speed Jump Garage, di Batu Belah, Klang dengan menggantikan enjin asal dan digantikan enjin Mitsubishi 4G92 Mivec RS bersesaran 1.6L.

Bagi memuaskan nafsu si tuan kereta,  proses naik taraf enjin dilakukan menerusi pemasangan beberapa barangan prestasi seperti puli boleh laras kustom yang diikat bersama aci sesondol JUN dan palam pencucuh Denso Iridium. Radiator aluminium Forged dan juga kipas penyejuk berkelajuan tinggi dipasang bagi mengawal suhu supaya lebih teratur.

BACA >>> #BikinKereta: Proton Satria GTi dengan Nadi Mivec 1.8, Berkuasa 205hp

Kuasa enjin dihantar terus ke bahagian roda menggunakan kotak gear LSD yang turut dilengkapi klac Exedy Racing. Bagi mengatur dan menguruskan trenkuasa supaya lebih cekap dan mantap, enjin Satria ini digandingkan bersama unit ECU Ralliart. Ia juga turut dilengkapi sistem penghidup tekan (push start button).

SEDIA BERLUMBA

Proton Satria-10
Proton Satria-6
Proton Satria-3

Bagi perlumbaan trek, sistem suspensi dan keseluruhan casis dinaik taraf menerusi penggunaan set suspensi boleh laras Öhlins, lengkap dengan pillow ball, bar strut Ultra Racing (depan dan belakang) dan ‘sangkar besi’ Mivec. Sistem brek pula daripada Mivec bersama pad brek Bendix Metal King.

Ruang kabin dihiasi papan pemuka Mivec dan dipadankan stereng Momo Corse dan tombol gear Ralliart. Kerusi Sparco Evo menjadi pilihan dan dipasangkan tali keledar TRW Sabelt Racing.

BACA >>> #BikinKereta: Satria Drag yang Mampu Berdesup Sepantas Usain Bolt

Penampilan luaran menggunakan kit badan Mivec original. Rupa belakang, pemasangan spoiler GT Wing Cusco memberikan ekstra kestabilan ketika dipandu atas trek. Rupa jentera ini diserlahkan lagi dengan padanan rim SSR Type C 15 inci dan dibaluti set tayar Kumho ECSTA V720.

SPESIFIKASI

PROTON SATRIA

MODIFIKASI ENJIN: Cam pully bole laras, high cam JUN, kabel palam pencucuh NGK, palam pencucuh Iridium Racing Denso, blok panjang standard Mivec RS, ekstraktor kustom Super Race, hos Samco, radiator Forged Racing aluminium, kipas penyejuk kelajuan tinggi
TRANSMISI: Gear full lock LSD, set klac Exedy Racing
SUSPENSI & CASIS: Ohlin + pillow ball, bar topang Ultra Racing depan/belakang, roll cage Mivec
SISTEM BREK: Original mivec + pad Bendix metal king
DALAMAN: Papan pemuka Mivec, stereng Momo Corse, kemasan pintu Mivec, tombol gear Ralliart, kerusi Sparco Evo & Sparco Rev, TRW Sabelt Racing
LUARAN: Komponen badan Mivec penuh, GT Wing Cusco, kunci  bonet, cermin sisi ganador
RODA & TAYAR: SSR Type C original Japan depan 15x 7.0 +35 , 15x6.5 +35 belakang, tayar Kumho ECSTA V720 195/55R15

Teks: Isaac
Foto: Kenny [email protected]

GALERI

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, hatchback, Proton, proton satria, Proton Satria GTI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?Adakah Ini Nissan Grand Livina (2019)? Bakal Masuk Malaysia?
  • Suzuki Patenkan Enjin USD @ Terbalik, Swingarm Panjang dan Motor Jadi Lebih Stabil?Suzuki Patenkan Enjin USD @ Terbalik, Swingarm Panjang dan Motor Jadi Lebih Stabil?
  • Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?
  • Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di VietnamHarga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam
  • Harga Petrol RON95 & RON97 Naik Lagi, Diesel Kekal Mulai Esok (16/02/19)Harga Petrol RON95 & RON97 Naik Lagi, Diesel Kekal Mulai Esok (16/02/19)

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC40 - Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi

BABY Sweden ini memberikan sesuatu janji yang berbeza kepada peminat … [Baca Lagi...]

Lepas Pandu Uji Lebih 250km, Ini Pandangan Abang Tentang Mitsubishi Triton (2019)

Abang bersama rakan media lain baru saja pulang dari Kota Kinabalu, … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my