• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Ekzos Padu Milltek Sport untuk Range Rover P530, INEOS Grenadier

#BikinKereta: Ekzos Padu Milltek Sport untuk Range Rover P530, INEOS Grenadier

September 25, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAND ROVER Range Rover
adalah antara kenderaan utiliti sukan (SUV) kegemaran ramai hartawan Malaysia dengan enjin besar yang tidak menjadi masalah kalau sudah mampu.

Minat tersebut juga dapat dilihat pada Range Rover SVR yang lebih sporty. Model terbaharu pula, Range Rover P530 sudah dilancar sejak Februari lalu.

Enjin 4.4L V8 turbo kembar dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan menghasilkan 528hp dan tork 75Nm @ 1,800-4,600rpm. Harganya? Bermula RM2,488,000.

Buat pelanggan yang mahu menukar rim asal dan tampil lebih bergaya dan garang, Milltek Sport baru saja memperkenalkan sistem ekzos dan antara syarikat terawal menawarkan aksesori itu.

Penawaran pantas itu dibuat kerana Milltek Sport menggunakan Range Rover P530 milik sendiri sebagai eksperimen.

Sebagai makluman, Land Rover setakat ini menawarkan Range Rover Sport SV dalam gaya lebih agresif dengan menduduki takhta Range Rover paling berkuasa. Model itu dikuasakan enjin 4.4L V8 pengecas turbo kembar daripada BMW yang menghasilkan output kuasa 632hp dan tork 750Nm.

Angka tersebut 58hp dan 50Nm lebih berkuasa berbanding SVR 5.0L V8 supercas dahulu. Sistem hibrid ringan (MHEV) pula memberi lonjakan 800Nm.

Sistem Penapis Zarah baharu mengekalkan fungsi injap OEM yang dilengkapi Pengawal Injap Milltek Sport untuk kawalan penuh. Ekzos ini juga mempunyai bahagian tengah aktif dan muncung ekzos menghala ke bawah, yang mana bunyi diledakkan hampir mirip Range Rover SVR 5.0L V8 sebelum ini. Dengarkan deruman ekzos dalam video di atas.

Milltek Sport INEOS Grenadier 01
Milltek Sport INEOS Grenadier 02

Harga ditawarkan bermula £3,811 (RM22,220). Selain Range Rover, Milltek Sport juga menawarkan set ekzos untuk INEOS Grenadier (foto atas).

Sama seperti Range Rover, set kilang diganti sistem ekzos keluli tahan karat gred T304L bagi meningkatkan estetik, ketahanan dan dinamik pemanduan selain deruman bunyi lebih garang.

Ekzos untuk enjin BMW 3.0L itu bersaiz 3 inci dengan sistem penapis zarah dan pilihan muncung paip berkilat, hitam Cerakote, karbon, titanium gilap (brushed) atau terbakar dan biru. Harga bermula £872 (RM5,080).

Selain ekzos, Milltek Sport juga merancang menawarkan pakej gaya untuk INEOS Grenadier.

BACA >>> Sistem Ekzos Penuh Milltek Sport untuk BMW M2 (G87), Harga Mula RM15.7k
BACA >>> INEOS Grenadier Quartermaster - Trak Pikap dengan Enjin BMW 3.0L Turbo, Harga Mula RM392k
BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6x6 (2023) - Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!

Milltek Sport - Range Rover 01
Milltek Sport - Range Rover dan INEOS Grenadier
Milltek Sport INEOS Grenadier 01
Milltek Sport INEOS Grenadier 02

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: aksesori, Bikin Auto, Bikin Kereta, Ineos, INEOS Grenadier, Milltek, Milltek Sport, Range Rover, Range Rover P530, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev