Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Aktor HK Daniel Wu dan Honda S800 (1968) yang Anggun
Bikin Auto

#BikinKereta: Aktor HK Daniel Wu dan Honda S800 (1968) yang Anggun

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI selebriti Hong Kong kelahiran Amerika Syarikat (AS), Daniel Wu, hidupnya mula berubah selepas mengalami sakit apendiks yang memaksa beliau diwadkan 10 hari di hospital.

Sepanjang tempoh sembuh, Wu mula sedar yang hidup ini terlalu singkat dan mula memasang niat untuk merealisasikan minatnya sekian lama. Beliau membuat keputusan untuk berehat sebentar daripada kerjaya seni dan mula mencari kereta ideal untuk direstorasi.

Daripada sekian banyak barisan kereta miliknya, seperti Focus RS, Porsche 88, GT3 Touring (2018) dan ’61 Lincoln Continental, sebaliknya beliau memilih membaik pulih Honda S800 (1968).

Sebenarnya, sepanjang 30 tahun memiliki banyak jenis model kereta, Wu memilih model daripada beberapa era dan gaya, tetapi mula perasan yang dia kurang terlibat dengan Honda. Alasannya kenapa memilih S800;

“Aku tak pernah tengok S800 atau kereta Jepun bentuk macam tu, Keicar. Rupanya kecil, sporty dan bunyinya garang.

“Aku pernah tonton klip video S800 di YouTube dengan deruman gila. Bunyi nakal itulah buat aku tertarik, terutama enjin rev tinggi dan ekzos bising,” katanya.

BACA >>> #BikinKereta: Honda Civic FK2 Type R yang Jarang Nampak, dan Bukan Biasa-Biasa

BANTUAN KEI MIURA DARI PANDEM

Wu mula merangka idea ketika masih terlantar di hospital dengan mendapatkan bantuan rakannya, Kei Miura dari Pandem yang juga pereka kit aero. Miura ketika itu sedang berkongsikan beberapa idea menerusi Instagram tentang projek restorasi Datsun 510 untuk pameran SEMA di Las Vages, AS.

Wu terus memberikan idea S800. Akhirnya, kata sepakat dicapai dan Wu kembali semula ke AS. S800 terus dibawa ke garaj SEMA untuk imbasan 3D lengkap dan maklumat itu dihantar kepada Miura untuk merekabentuk kit aero khas.

“Inilah bahagian menarik kerana semua komponen yang direka Miura dapat dimuatkan elok dengan kereta tanpa perlu kerja tambahan,” kata Wu.

Kit rekaan Miura itu adalah fender maskular pada empat bucu roda yang mengubah visual badan lebih lebar, manakala bahagian belakang lebih ramping tanpa menghilangkan daya tarikan asal kereta itu. Fender tambahan digunakan untuk menutup rim kilang yang dikemas kini bagi mengekalkan status 13 inci dan dipadankan bersama tayar Toyo R888R bersaiz 185/60 (depan) dan 205/60 (belakang).

Bagi menyempurnakan penampilan tayar baharu itu, rim disembur warna emas, manakala hab tengah dihitamkan dengan aksen merah. Bahagian depan bawah mendapat kemasan krom. Gril depan rendah membuatkan profil coupe itu tampak sedikit tinggi.

Selain itu, aksesori kustom Pandem dapat dilihat menerusi lip depan dan spoiler belakang serta lampu utama bulat SEV Marchal berwarna kuning klasik.

Kerja baik pulih dan mengecat dilakuakn DG Vintage Coachworks yang berpangkalan di Seattle, AS. Dengan casis tua berusia 50 tahun dengan gaya 60-an, S800 dipadankan sistem ekzos keluli tahan karat kustom Remark/GReddy yang dipasang dari posisi tengah bawah belakang, berbanding bawah lampu belakang seperti model OEM.

BACA >>> Covid-19: Honda Malaysia Henti Operasi Sementara Sampai Hujung Bulan Ini

Sistem ekzos dipertingkat membantu meningkatkan sedikit output enjin jenis karburetor 791cc DOHC  dengan angka kuasa 70hp dan tork 66Nm. Bahagian transmisi turut dibina semula.

Sentuhan klasik bukan saja terserlah pada rupa luaran, tetapi juga ruang kabin yang mendapat sentuhan DJ Design untuk rekaan gaya Eropah.

Kemasan upholsteri menggunakan material kulit merah gelap pada kerusi dan panel pintu, manakala instrumen meter OEM dan butang kawalan dikekalkan. S800 yang direstorasi Wu dengan bantuan beberapa pakar modifikasi ini adalah campuran modifikasi antara moden dan tradisional.

Malah jentera tersebut menarik perhatian ramai pengunjung yang datang menjenguk reruai Honda SEMA, tahun lalu.

BACA>>>Honda Civic Type-R Sport Line yang Lebih Sopan-Santun

GALERI

SUMBER: SuperStreetOnline

Auto Terkini bikinkereta Daniel Wu Honda Honda Malaysia Honda S800 Honda S800 (1968) kereta klasik Kereta Sport Jepun Modifikasi Restorasi Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.