Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BHPetrol Lancar Kempen Tabung Pahlawan untuk Bantuan Bekas Tentera
Auto Terkini

BHPetrol Lancar Kempen Tabung Pahlawan untuk Bantuan Bekas Tentera

ShawkathBy Shawkath10/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk program Tabung Pahlawan ATM di semua stesen minyak BHPetrol.

Idea penyediaan Tabung Pahlawan ATM di stesen-stesen minyak BHPetrol dicetuskan Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai platform bagi orang ramai menghulurkan bantuan kepada kumpulan bekas tentera.

Setakat ini, tabung sudah ditempatkan di kira-kira 204 stesen minyak seluruh negara sejak pertengahan Februari tahun ini. Sumbangan orang ramai akan diserahkan kepada tabung bantuan amal veteran ATM di bawah JHEV.

Majlis pelancaran rasmi Tabung Pahlawan ATM diadakan di stesen minyak BHPetrol Taman LTAT di Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas taklimat keselamatan diberikan kepada semua tetamu hari ini.

Acara disempurnakan Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad. Hadir bersama ialah Pengerusi BHPetrol, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan (B) Khairuddin Mat Yusof dan Ketua Eksekutif BHPetrol, Leslie Ng.

Datuk Dzulkarnain dalam ucapan pelancaran menyatakan dalam tempoh satu setengah bulan sejak tabung dilancarkan, jumlah kutipan sudah mencecah RM23,000. Hari Pahlawan pula disambut pada 31 Julai setiap tahun.

Beliau menjelaskan sumbangan daripada orang ramai akan digunakan 100 peratus kepada dan termasuk sumbangan kepada golongan veteran, waris keluarga dan tanggungan mereka untuk meringan tanggungan kehidupan seharian termasuk aspek pelajaran.

“Keutamaan sumbangan ialah kepada golongan asnaf, balu-balu veteran, anak-anak orang kelainan upaya (OKU), untuk persekolahan dan pengajian di universiti. Buat masa ini, kami ada 307,000 veteran yang berdaftar dan boleh dihubungi,” kata Datuk Dzulkarnain.

Beliau menyatakan Tabung Pahlawan berada di bawah JHEV bermula tahun 2019 selari dengan arahan Kerajaan. Langkah itu dilihat agar ia lebih telus dan diaudit untuk menambah keyakinan masyarakat umum.

Kempen Tabung Pahlawan ATM berlangung selama satu tahun iaitu sehingga 31 Disember 2021 di stesen BHPetrol. Bagaimanapun, Leslie semasa ditemui menyatakan pihaknya bersedia melanjutkan tempoh kempen dan akan menambah jumlah tabung di premis lain mengikut keadaan semasa.

Sejak ditubuhkan 14 Februari 2006, ada lebih 400 premis stesen minyak BHPetrol di seluruh negara termasuk lebih 300 kedai serbaneka BHPetrolmart menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit.

BACA >>> Isi Minyak BHPetrol Minimum RM30 dan Menang Hadiah Tunai, iPhone 12!
BACA >>> Kalashnikov Bikin Motosikal EV untuk Tentera, Polis Rusia

Angkatan Tentera Malaysia BHPetrol BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tabung Pahlawan ATM
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.