
PERODUA Bezza muncul sebagai model kereta paling laris bagi Februari 2026, namun Proton Saga masih mengekalkan kedudukan sebagai model paling popular di Malaysia berdasarkan jumlah jualan terkumpul bagi dua bulan pertama tahun ini.
Berdasarkan data pendaftaran kenderaan terkini, Bezza mencatat jualan 7,031 unit pada Februari, mengatasi Proton Saga yang merekodkan 6,007 unit pada bulan sama.
Walaupun begitu, jika dilihat secara keseluruhan bagi tempoh Januari hingga Februari 2026, Proton Saga masih kekal di tangga teratas dengan jumlah pendaftaran sebanyak 16,292 unit.
Jualan Kereta Paling Laris Februari 2026
Berikut senarai 10 model paling laris pada Februari 2026:
- Perodua Bezza – 7,031 unit
- Proton Saga – 6,007 unit
- Perodua Axia – 5,306 unit
- Perodua Myvi – 4,317 unit
- Perodua Alza – 3,205 unit
- Proton X50 – 1,818 unit
- Proton S70 – 1,940 unit
- Perodua Traz – 1,710 unit
- Proton e.MAS 5 – 1,562 unit
- Toyota Hilux – 1,677 unit
Bezza dilihat terus menjadi pilihan utama pembeli yang mahukan sedan segmen-A yang praktikal, jimat minyak dan harga mampu milik, menjadikannya antara model paling konsisten dari segi jualan.
Kedudukan Terkumpul Januari – Februari 2026
Walaupun Bezza mendahului jualan Februari, Proton Saga masih mendominasi carta keseluruhan tahun ini setakat dua bulan pertama.
10 model paling laris Januari – Februari 2026:
- Proton Saga – 16,292 unit
- Perodua Bezza – 15,462 unit
- Perodua Axia – 11,887 unit
- Perodua Myvi – 9,136 unit
- Perodua Alza – 6,217 unit
- Proton e.MAS 5 – 4,630 unit
- Proton X50 – 4,229 unit
- Perodua Traz – 3,611 unit
- Proton S70 – 3,544 unit
- Toyota Hilux – 3,015 unit
Prestasi ini menunjukkan Saga masih kekal sebagai model paling popular dalam pasaran Malaysia, walaupun Bezza memberi saingan rapat dengan jurang jualan yang tidak terlalu besar.
Perodua Dominasi Carta
Jika dilihat secara keseluruhan, Perodua masih menguasai senarai Top 10 dengan lima model iaitu Bezza, Axia, Myvi, Alza dan Traz.
Namun Proton turut menunjukkan prestasi kukuh dengan empat model dalam senarai, termasuk Saga, X50, S70 dan e.MAS 5.
Menariknya, Proton e.MAS 5 yang merupakan model elektrik turut berjaya menempatkan diri dalam senarai 10 teratas, sekali gus menunjukkan penerimaan terhadap kenderaan elektrik di Malaysia semakin meningkat.
SUMBER: data







