• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berita Gembira! SYM Super Moped 175i Sah Lancar Suku Kedua 2018, Harga RM8k?

Berita Gembira! SYM Super Moped 175i Sah Lancar Suku Kedua 2018, Harga RM8k?

January 18, 2018 By Abang GYL 1 Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH masa dinanti-nanti. Kami baru menerima maklumat daripada sumber dalaman SYM Malaysia yang mendakwa model super kapcai, SYM Super Moped 175i akan memasuki pasaran tempatan tahun ini. Menurut sumber enggan dikenali itu, model tersebut dijangka menjengah pasaran negara pada suku kedua tahun ini, iaitu antara April hingga Jun 2018.

SYM Super Moped 175i sepatutnya dilancarkan tahun lalu, tetapi terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada debut model adik, Benelli RSF 150i. Tambah sumber itu lagi, super moped itu kini sudah pun bersiap sedia dan hanya menunggu masa yang sesuai.

BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

Dari segi prestasi, SYM Super Moped 175i menggunakan enjin 175cc yang juga kapasiti enjin terbesar dalam segmen moped setakat ini. Bagaimanapun, tiada sebarang butiran teknikal didedahkan kepada kami.

HARGA SEKITAR RM8,000


Kami sempat bertanya, berapakah anggaran harga jualan SYM Super Moped 175i dan jawapannya, motosikal itu akan dijual pada harga kompetitif, iaitu sekitar RM8,000. Wow, memang jauh lebih murah jika mahu dibandingkan pesaing lain dalam kelas sama.

Persoalannya, mampukah SYM Super Moped 175i memikat hati rakyat Malaysia? Apakah kapcai berkuasa tinggi itu mampu memberi saingan hebat kepada Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R. Benarkah akan dijual pada harga begitu murah?

BACA >>> Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R - Harga Bermula RM6,988

Mari kita sama-sama nantikan. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan di PanduLaju. Buat Ahmad Ahmad, tolong jangan gelabah. Hang relaks ja!!!

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, harga SYM Super Moped 175i, modenas moped, Moped, motor moped, motor sym moped, roda2, SYM, SYM Super Moped 175i, SYM Super Moped 175i malaysia

Comments

  1. Asyraf says

    February 15, 2018 at 7:44 AM

    Kenapa ya benelli 150i tak ada dalam senarai saingan di atas? Bukankah ia termasuk dalam kelas 150 cc juga. Adakah sebab benelli tidak popular. Sekian terima kasih.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my