Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berita Gembira!!! Mitsubishi Xpander Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!
Auto Terkini

Berita Gembira!!! Mitsubishi Xpander Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!

Abang GYLBy Abang GYL28/07/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI berita baik baru kami terima! Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengesahkan akan melancarkan Mitsubishi Xpander tahun ini.

Bagaimanapun, tarikh pelancaran dan tanda harga tidak didedahkan. Namun, apa yang pasti, kehadiran kenderaan pelbagai guna (MPV) 7-kerusi itu pasti menggembirakan ramai rakyat Malaysia yang sudah sekian lama ternanti-nanti model tersebut yang disebut MMM sebagai crossover.

BACA >>> 15 Fakta Pantas: Spesifikasi Mitsubishi Xpander Versi Indonesia + Foto Dalaman, Luaran

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, Xpander bukan saja model penting untuk pasaran Malaysia, tetapi turut mendapat sambuatan menggalakkan di pasaran Asean lain seperti Filipina, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Menurutnya, sebanyak 256,000 unit Xpander sudah terjual setakat ini dan MMM sangat teruja mahu memperkenalkan model tersebut di pasaran Malaysia.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267k (RM79k)

2019 Mitsubishi Xpander Malaysia
2019 Mitsubishi Xpander Malaysia

Sedikit fakta mengenai Xpander, model mula diperkenalkan di Indonesia pada penghujung 2017 dengan mendapat sambutan di luar jangkaan. Susulan kejayaan itu, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) memutuskan memperkenalkan model berkenaan ke pasaran negara Asean lain.

Xpander menampilkan rekaan menggiurkan dengan mengetengahkan bahasa rekabentuk Dynamic Shield, iaitu kesinambungan ilham daripada model baharu Mitsubishi seperti Outlander PHEV, Pajero Sport dan Eclipse Cross.

Bukan saja luaran menawan, ruang dalaman Xpander menawarkan ruang kabin luas dengan tempat duduk baris kedua boleh lipat 60:40, dan baris ketiga 50:50

Selain dibina berasaskan casis monokok, MPV ini menawar ciri keselamatan terkini seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Bantuan Daki Bukit (HSA) dan Signal Henti Kecemasan (ESS). Sistem suspensi menggunakan jenis strut MacPherson di depan, dan torsion beam di belakang.

Trenkuasa Xpander dikuasakan enjin 16-injap 1.5L MIVEC DOHC berkuasa 103hp @ 6,000rpm, dan tork 141Nm @ 4,000rpm dengan opsyen transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Persoalannya, berapakah tanda harga yang bakal diletakkan MMM untuk pasaran Malaysia? Adakah anda antara peminat Xpander yang tidak sabar mahu memiliki model ini?

BACA >>> Foto Realistik Toyota Corolla Cross (2020) yang Baru Lancar di Thailand

Crossover Kenderaan pelbagai guna Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Mitsubishi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xpander Malaysia MPV Roda4 SUV Tomoyuki Shinnishi
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026

3 Comments

  1. Zil on 28/07/2020 14:38

    Dari tahun 2018 buat statement, kata tahun 2019 masuk Malaysia…Tk confirm, jgn cpt sgt kata SAH… Skrg dh 2020… SAH lg skali.

    Reply
    • Abang GYL on 29/07/2020 13:21

      Ini adalah jawapan dari Mitsubishi Motors Malaysia sendiri

      Reply
  2. Abe Gun on 22/09/2020 19:25

    Sah.. Apa sah?.. Noraishah

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.