• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Berita Baik!!! Modenas Pulsar NS200 Kini Dalam Warna Kuning!

Berita Baik!!! Modenas Pulsar NS200 Kini Dalam Warna Kuning!

April 23, 2018 By ZY Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik kepada peminat Modenas Pulsar NS200 yang bercadang mendapatkan streetbike 200cc itu dalam masa terdekat!

Seperti pernah kami kongsikan 6 bulan lalu, Pulsar NS200 kini boleh didapati dalam pilihan warna kuning. Lebih menarik lagi, edisi warna diraja ini bukan untuk unit terhad. Maksudnya, tiada penambahan harga daripada versi merah dan hitam yang sedia ada di pasaran.

Bagaimanapun, buat masa ini kami dapat mengesahkan warna terbaharu itu hanya untuk model NS200, manakala versi sportbike, RS200 masih kekal dengan barisan warna biru/putih dan hitam. Mungkinkah bakal ditawarkan dalam masa terdekat juga?


Modenas Dominar 400 Malaysia
Modenas Dominar D400

Kepada anda yang merasakan warna kuning dan kuasa enjin 200cc masih tidak cukup, Modenas menawarkan Dominar D400 yang didatangkan dengan enjin 4-lejang 373cc yang lebih gagah.

BACA >>> Modenas Dominar 400 'Naik Gila', Jual Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Kelajuan maksimum khabarnya mencecah sekitar 150kmj, tetapi apa yang menarik, daya tork jentera ini cukup padu, iaitu 35Nm yang mampu dicapai seawal 6,000rpm. Lebih menarik, jentera ini ditawarkan serendah RM13,788 (tidak termasuk cukai dan insurans)!

Jika mahu melihat lebih dekat Pulsar N200 dan Dominar 400 terbaharu ini segeralah ke pusat pameran dan servis Modenas terdekat atau mana-mana cawangan pengedar yang mengambil bahagian.

KREDIT: SLM Motorport Sdn Bhd

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: bajaj pulsar 200 ns yellow, harga modenas dominar 400, harga modenas pulsar ns200, modenas pulsar ns200 kuning, roda2, streetbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my