• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Volvo Buses Lancar Rangkaian Casis Baharu

BERITA AUTO: Volvo Buses Lancar Rangkaian Casis Baharu

November 20, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Picture 3-002VOLVO Buses Malaysia memperkenalkan rangkaian casis baharunya ke pasaran Malaysia yang dikenali sebagai Volvo B7R dan Volvo B11R baharu.

Pengenalan rangkaian casis baharu Volvo Buses dilihat mampu menjadi penyelesaian terbaik bagi sektor pengangkutan awam dan pelancongan di Malaysia.

“ Pelancaran rangkaian Casis Volvo Buses jelas menunjukkan satu lagi kemajuan signifikan dalam operasi Volvo Malaysia. Ia juga membuktikan komitmen dan kesungguhan kami untuk bergiat lebih aktif dalam industri pengangkutan negara,” kata Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson.

Volvo B7R dan Volvo B11R adalah model casis yang bersifat versatil. Ia direka agar menjadi pengangkutan yang lebih efisien, selamat dan menguntungkan. Kedua-dua chasis itu menerima sambutan memberangsangkan di pasaran-pasaran lain.

Picture 1-002Kenderaan-kenderaan Volvo cukup dikenali dengan aspek keselamatan, kadar operasi yang tinggi dan penjimatan bahan api merupakan ciri penting untuk sistem pengangkutan awam berkualiti. Ciri keselamatan yang tiada tandingan pada Volvo B7R dan Volvo B11R adalah Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan Sistem kawalan Brek Elektronik (EBS).

Sebagai satu ciri standard pada semua bas Volvo, ESP mampu mengurangkan risiko pemandu hilang kawalan dalam situasi kritikal, misalnya di selekoh tajam atau di atas permukaan jalan yang licin. Sementara itu ciri EBS pula memiliki sistem brek cakera anti-kunci yang menawarkan kesan membrek lebih baik menerusi penghantaran isyarat transmisi elektronik.

Selain itu, semua model bas Volvo juga dilengkapi dengan sistem perencat bersepadu dengan tambahan Brek Enjin Volvo, 4 brek cakera dengan kuasa membrek yang lebih tinggi dan berterusan, serta litar udara brek hadapan dan belakang berasingan untuk keselamatan maksimum.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: B7R, Mats Nilsson, Rangkaian Casis Baharu Volvo, Volvo B11R, VOLVO Buses Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
    Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
  • JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
    JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
  • Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
    Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
  • 8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas
    8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my