• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Nissan NV350 Urban - Harga Jualan RM109,800

BERITA AUTO: Nissan NV350 Urban - Harga Jualan RM109,800

November 3, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

01_NV350 Urvan_ExteriorEDARAN Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memperkenalkan Nissan NV350 Urvan (bumbung tinggi) serba baharu, sebuah bas mikro dengan kapasiti 14 tempat duduk.

Nissan NV350 Urvan serba baharu adalah model gantian Nissan Urvan sedia ada yang menawarkan prestasi lebih berkuasa dan menjimatkan bahan api selain hadir dengan gayaan moden.

Mengetengahkan gayaan luaran baharu yang dinamik, rekaan itu diintegrasikan dengan gril hadapan krom tiga dimensi baharu yang dipadankan bersama lampu utama, sekali gus menghasilkan reka bentuk yang kontemporari dan menarik perhatian. Dari arah tepi, garis karekternya menyerlahkan panel sisi yang luas. Lakaran baharu ini membantu memastikan kestabilan dapat dipertingkatkan menerusi tapak roda yang telah ditambah.

“ ETCM berbesar hati memperkenalkan Nissan NV350 Urvan serba baharu di Malaysia. Kenderaan komersial pelbagai guna ini menawarkan pengangkutan sama ada bertujuan perniagaan atau bersiar-siar.

" Ia kini dilengkapi enjin diesel baharu lebih berkuasa dan penjimatan bahan api yang telah dipertingkatkan sebagai tambahan kepada gayaan moden, keselesaan serta ciri-ciri keselamatannya,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Ken Meng.

02_NV350 Urvan_2.5L Diesel Direct Injection with Variable Geometry System (VGS) Turbo IntercoolerDiimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Nissan NV350 Urvan dijana unit enjin 2.5L YD25DDTi dengan pengecas turbo berteknologi diesel bersih.

Hasil bantuan transmisi manual 5-kelajuan, ia menawarkan prestasi terbaik dalam kelasnya dan penjimatan bahan api luar biasa. Sebagai tambahan, tahap bunyi bising enjin, getaran dan kekasaran (NVH) Nissan NV350 Urvan serba baharu telah ditambah baik.

03_NV350 Urvan_14-SeaterMelihat ke bahagian dalaman pula, Nissan NV350 Urvan serba baharu hadir dengan bumbung tinggi, sekali gus memberikan ruang luas untuk proses keluar masuk yang lancar. Sistem pendingin hawa di hadapan dan belakang menawarkan kesan penyejukan yang pantas kepada pemandu dan para penumpang demi memberikan pemanduan yang selesa.

Bar penstabil berdiameter besar di bahagian hadapan dan suspensi belakang dengan lejang lebih panjang pula memastikan prestasi pemanduan berprestasi dan perjalanan yang selesa.

Kabin Nissan NV350 Urvan serba baharu dilengkapi panel instrumen yang moden dan ringkas dengan satu paparan pelbagai fungsi bersaiz 3.5 inci. Ia memaparkan maklumat penjimatan bahan api pada masa sebenar, indikator penukaran gear untuk memberitahu pemandu bilakah mereka perlu menukar gear bagi mengoptimumkan penjimatan bahan api, selain data odometer dan meter perjalanan.

Aspek keselamatan, Nissan NV350 Urvan serba baharu dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Lampu Berhenti yang dipasang pada kedudukan tinggi, Kunci Keselamatan Kanak-kanak dan Zon Binaan Badan (Zone Body Construction).

Harga atas jalan termasuk insurans Nissan NV350 ditawarkan pada harga RM109,800 (Semenanjung Malaysia). Ia turut didatangkan dengan tiga tahun jaminan atau perbataun sejauh 100,000km.

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, Nissan NV350 Urvan Dilancarkan, YD25DDTi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev