• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Michelin X Coach Energy Z

BERITA AUTO: Michelin X Coach Energy Z

May 20, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

michelin

MICHELIN Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan produk inovasi baharu khas kegunaan trak dan bas di pasaran Asia menerusi pengenalan Michelin X Coach Energy Z. Tayar dikilangkan di Thailand itu adalah jenis tanpa tiub bersaiz 295/80R22 dan dijual pada harga RM1,500 seunit.

Pembangunan X Coach Energy Z menggunakan tiga kunci utama, iaitu keselamatan, penggunaan jangka panjang dan kecekapan bahan api. Penggunaan tayar teknologi Michelin ini mampu meningkatkan ciri keselamatan, keselesaan dan perlindungan bahaya kerosakan atas jalan serta kesan haba akibat perjalanan jarak jauh.

Produk baharu itu menerima penambahbaikan 20 peratus dari segi ketahanan impak atas jalan raya berbanding model sebelumnya. Malah, jangka hayat tayar ditingkatkan 20 peratus hasil ketahanan kerangka tayar baharu, sekali gus membantu mengurangkan kos, manakala operasi perniagaan lebih mesra alam.

X Coach Energy Z mampu melakukan jarak perbatuan perjalanan sejauh 150,000km setahun berbanding kenderaan menggunakan tayar radial standard. Faktor kecekapan bahan api juga ditingkatkan hingga 10 peratus menerusi kerangka dan rekaan bunga tayar baharu yangdapat mengurangkan rintangan pusingan tayar.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 295/80R22, Michelin, Michelin Malaysia, Michelin Sdn Bhd, Michelin X Coach Energy Z

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
    EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
  • Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
    Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
  • Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
    Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
  • Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
    Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my