• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Kia Buka Red Cube Keempat Di Johor Bahru

BERITA AUTO: Kia Buka Red Cube Keempat Di Johor Bahru

October 15, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Kia JJ Red Cube Launch 2NAZA Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar kenderaan Kia di Malaysia membuka cawangan Red Cube keempat di Johor Bahru dalam usaha menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggannya di kawasan selatan tanah air.

Dibina atas tanah berkeluasan 12,000 kaki persegi, pusat 3S (jualan, servis, dan alat ganti) di bawah pengurusan Kia JJ Sdn Bhd yang terletak di Johor Bahru itu dijangka dapat memberi perkhidmatan berkualiti terutamanya penduduk sekitar kawasan Taman Bayu Puteri dan Permas Jaya.

Dengan menelan pelaburan RM9juta, pusat 3S Johor Bahru ini menyediakan enam ruangan servis yang berupaya menampung penyelenggaraan sehingga 24 buah kenderaan sehari.

Selain pusat servis, ia turut dilengkapi dengan bilik mesyuarat dan latihan, ruang kanak-kanak, kafe, kemudahan internet serta WiFi percuma buat pelaggan Kia.

Kia JJ Red Cube Launch 3Ketua Pegawai operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar percaya potensi jualan kenderaan Kia mampu meningkat khususnya di Johor, seiring dengan perkembangan pesat ekonomi di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.

" Bermula 2011, kami sudah melancarkan tiga cawangan Red Cube seluruh negara, masing-masing di kawasan Lembah Klang, Pantai Timur dan Selatan.

" Untuk tahun ini, kami menyasarkan peningkatan volum jualan kepada 11,300 unit kenderaan Kia di mana model Cerato dan Cerato Kx menjadi penyumbang terbesar," katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan jualan dan tempahan, pelanggan boleh hubungi 07- 386 8333 bagi membuat temu janji servis.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kia buka Red Cube Johor Bahru, Kia Cerato, Kia CeratoKx, Kia JJ Sdn Bhd, Kia Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my