• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Jeep Kini Kembali (2014)

BERITA AUTO: Jeep Kini Kembali (2014)

December 12, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

MUZ_6863RASANYA sudah agak lama tidak mendengar jenama Jeep di pasaran tempatan. Setelah hampir 14 tahun menyepi di Malaysia, Jeep akhirnya kembali semula. Berbezanya kali ini, jenama tersebut dibawakan DRB-Hicom Berhad.

Sedia maklum, perjalanan Jeep itu sendiri seperti mana beberapa jenama kenderaan yang lain. Asal usulnya bukan lagi asli apabila pihak pengurusan beberapa kali bertukar tangan. Jenama asal Amerika Syarikat itu adalah milik DaimlerChrysler. Akan tetapi selepas berakhirnya penggabungan mega, Jeep dimiliki Cerberus Capital Management buat sementara waktu.

Bermula 2011, Fiat melengkapkan pengambilalihan. Menjadikan Chrysler sebahagian daripada Kumpulan Itali dikenali sebagai Fiat Chrysler Automobiles. Sebuah syarikat yang turut memiliki Fiat, Alfa Romeo, Dodge, Ferrari, Maserati dan Chrysler.

Di Malaysia pula, tidak begitu banyak informasi yang diperoleh tentang permulaan Jeep bertapak. Akan tetapi perbualan bersama wartawan senior pemotoran memaklumkan Jeep sendiri tidak memiliki wakil pengedar yang kukuh sekitar 70 hingga 80-an. Walaupun ketika itu pengedar dengan nama Arshad Motor ada mengimport beberapa unit sekitar 1970-an.

Selepas itu, sekitar 1990 Jeep memulakan era baharu di pasaran Malaysia menerusi MBF Automobile. Kemudian syarikat berkenaan tidak mampu bertahan apabila pengguna mula hilang minat ditambah krisis kewangan lewat 1990-an. Dan kali ini Jeep muncul semula sebelum berakhirnya tirai 2014.

Perkhabaran berkenaan adalah berita gembira kepada pencinta 4x4. Malah, ketika pengumuman pelantikan berkenaan sekitar Jun lalu, ramai rakan off road menunjukkan minat apabila bertanyakan tentang model yang bakal dibawa masuk kepada saya.

MUZ_6696PUSAT 3S BAHARU JEEP

Sudah pasti, langkah DRB-Hicom menjadi pengedar rasmi Jeep adalah tepat pada masanya. Mengukuhkan keberadaan itu, pihak Jeep Malaysia membuka Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) bernilai RM6 juta di Glenmarie, Shah Alam.

Malah difahamkan progresif itu akan berterusan dengan pembukaan pusat jualan seterusnya di bandar besar seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang. Pada majlis pelancaran itu, tiga model diperkenalkan iaitu Grand Cherokee, Cherokee, Wrangler dan Compas- setiap model memiliki varian terpilih.

Akan tetapi, apabila menyentuh soal harga sedikit mengejutkan. Pihak Jeep Malaysia menjual model berkenaan pada harga bermula RM248,889 sehingga RM468,889. Nampaknya model yang dijual akan menjadi produk niche dalam pasaran.

WRANGLER

Sebut sahaja tentang Wrangler cukup sinonim dengan Jeep. Ia adalah model ikonik Jeep dan cukup dikenali dalam kalangan penggemar 4x4. Jeep Malaysia menawarkan tiga versi di bawah Wrangler; Unlimited Sport, Unlimited Sahara dan Rubicon yang mana kesemuanya dijana enjin Penstar 3.6 liter V6 bersama kotak gear automatik 5-kelajuan.

MUZ_6791P1250193    P1250205

P1250194    P1250213MUZ_6916Sistem 4WD adalah berasaskan jenis ‘on-demand’ yang mana memerlukan pengaktifan manual. Pada keadaan ekstrem, pemandu boleh mengunci differential hadapan dan belakang.  Bagi varian Unlimited Sahara memiliki panjang 528mm dengan empat pintu.

P1250220COMPASS

Model yang dibangunkan ketika zaman DaimlerChrysler ini lebih ke arah crossover. Di Malaysia Compass diperkenalkan menerusi enjin 2.4 liter yang menghasilkan kuasa 170 bhp dan tork 220Nm bersama transmisi 6-kelajuan automatik.

GRAND CHEROKEE

Dijual dalam versi Limited dan Overland, model SUV itu dipadankan enjin Pentastar 3.6-liter V6 (284 bhp/347 Nm) dengan transmisi 8-kelajuan automatik. Model yang memiliki lampu hadapan seperti Evoque itu dilengkapi sistem Quadra-Trac II iaitu sistem 4WD aktif sepenuhnya yang membantu tarikan dan kestabilan pada apa jua keadaan muka bumi. Lebih menarik, adanya Suspensi Angin Quadra-Lift membolehkan pengendalian lebih tinggi 66 mm berbanding ketinggian normal dan boleh direndahkan 38mm untuk memudahkan melangkah masuk dan keluar dari kenderaan.

P1250217CHEROKEE

Akhir sekali ialah Cherokee yang dijana enjin 2.4 liter petrol (174 bhp/229Nm). Kotak gear 9-kelajuan automatik adalah standard. Ia adalah Jeep pertama dengan struktur badan monokok. Ciri yang didatangkan termasuk sistem 4WD, Active Drive Lock dengan kunci gandar belakang dan bantuan penghidup bukit serta Kawalan Kestabilan Elektronik.

Kesemua unit baharu berkenaan ditawarkan dengan jaminan  lima tahun atau 150,000km perbatuan (yang mana tiba terdahulu).

MUZ_6893SENARAI HARGA;
1) Grand Cherokee Overland : RM468,889
2) Cherokee Trailhawk: RM378,889
3) Wrangler Rubicon: RM338,889
4) Wrangler Unlimited Sahara: RM328,889
5) Wrangler Unlimited Sports: RM288, 889
6) Compass Limited 2014: RM248,889

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 3S Jeep di Glenmarie, Jeep Cherokee Trailhawk, Jeep Compass Limited 2014, Jeep Grand Cherokee Overland, Jeep kini di Malaysia, Jeep Malaysia, jeep Wrangler Rubicon, Jeep Wrangler Unlimited Sahara, Jeep Wrangler Unlimited Sports

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
    Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev