• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Honda Umumkan Penurunan Harga Selepas Pelaksanaan GST

BERITA AUTO: Honda Umumkan Penurunan Harga Selepas Pelaksanaan GST

April 1, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Photo Mar 30, 5 55 48 PMSELARAS pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus yang bermula hari ini (1 April 2015), Honda Malaysia mengumumkan harga baharu bagi kesemua modelnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pelaksanaan GST sebanyak 6% yang menggantikan 10 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidaklah semudah seperti 10 tolak 6 memandangkan ia melibatkan banyak faktor.

Menurutnya, perbezaan utama dalam pengiraan cukai adalah kelainan pada asas yang boleh dikenakan cukai pada SST dan GST.

" Sebagai contoh, SST berasaskan kepada nilai pengedaran sesebuah kenderaan dan ia kemudian dikenakan cukai sebanyak 10 peratus tidak termasuk margin pengedar, kos pengangkutan, yuran pengendalian, aksesori serta kos-kos pengedaran yang lain.

" Manakala pengenaan GST pula berdasarkan kepada harga jualan akhir kereta di atas jalan.

" Rentetan dari itu, Honda Malaysia mengumumkan model-model pemasangan tempatan (CKD) seperti Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan HR-V akan mengalami penurunan harga sebanyak RM500 sehingga  RM2500.

" Walau bagaimana berdasarkan kepada pengiraan GST import, harga Odyssey yang merupakan model diimport sepenuhnya (CBU) akan mengalami sedikit kenaikan di antara harga RM500-RM1000," katanya.

03 Model posing with the All-New HR-V_Eco Assist backdropLebih menggembirakan, harga alat ganti juga akan dikurangkan dengan purata sebanyak 3.7 peratus untuk semua model. GST pula akan ditambah ke dalam kos buruh.

Oleh demikian, Honda Malaysia menganggarkan kos keseluruhan penyelenggaraan akan turun sekitar 2 hingga 4 peratus bergantung kepada model.

Berikut disediakan senarai harga penuh model-model Honda.

Harga baru Honda Selepas GST_pandulaju

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: GST, Honda Malaysia, Honda turun harga, SST, Yoichiro Ueno

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev