• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Ford Tawar Promosi 'Big Deal'

BERITA AUTO: Ford Tawar Promosi 'Big Deal'

October 24, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

New Ford FiestaPROMOSI 'Big Deal' Ford kini kembali. Pelanggan yang membeli kenderaan Ford di seluruh negara bakal menikmati diskaun dan pelbagai ganjaran menarik.

Bermula hari ini hingga 31 Disember 2014, Ford menawarkan 200,000 mata AirAsia BIG Points bagi setiap pembelian model Fiesta, Focus, Kuga dan varian Ranger termasuklah 3.2L XLT (MT), 2.2L XL (MT), 2.2L XLT (AT), serta 2.2L XLT (MT).

Sebagai pilihan, pelanggan boleh menebus 200,000 mata AirAsia BIG Points kepada empat tiket pergi balik ke Australia atau Jepun, lapan tiket pergi balik ke Bali atau 20 tiket pergi balik ke Thailand menerusi penerbangan AirAsia.

Selain itu, Ford juga menawarkan rebat tunai bagi mereka yang membuat tempahan dan pendaftaran baharu model Fiesta, Focus, Kuga dan Ranger 3.2L XLT (MT).

Ford KugaPromosi ‘Ford Big Deal Service’

Sementara itu, Ford turut menawarkan pakej-pakej diskaun istimewa selepas jualan ke atas minyak pelincir, brek, tali sawat pemasaan serta alat ganti klac untuk model-model Ford yang terpilih. Promosi bermula dari 1 November sehingga 31 Disember 2014.

‘Pakej Minyak Pelincir’ menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada para pelanggan yang membeli minyak enjin dan penapis minyak Castrol dan Motorcraft oil.

Antara model yang layak menikmati promosi itu termasuklah trak pikap Ranger, Everest, Escape 2.0L, 2.3L dan 3.0L, selain kenderaan penumpang seperti Fiesta, Focus TDCi, Focus 2005-2010, Mondeo 2.0L EcoBoost dan 2.3L serta S-Max.

Ford RangerTidak setakat itu, pemilik Ranger, Everest dan Fiesta juga boleh menikmati diskaun sebanyak 10 peratus ke atas penggantian tali sawat pemasaan. Diskaun sama turut diberikan kepada brek model Ranger dan Everest serta alat ganti klac untuk Ranger.

Pelanggan hanya perlu mendaftar di www.fordconsumer.com bagi mendapatkan satu kupon e-mel. Kupon tersebut boleh serahkannya di mana-mana pusat servis sah Ford untuk menebus tawaran ‘Ford Big Deal Service’ yang sesuai.

Maklumat lanjut mengenai promosi ‘Ford Big Deal’ atau  ‘Ford Big Deal Service’, layari www.ford.com.my atau hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian 1800-38-3181.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 200000 mata AirAsia BIG Points, Air Asia, Ford Big Deal, Ford Big Deal Service, Promosi Ford, Promosi Ford Big Deal, Sime Darby Auto Connexion, Tawaran hebat Ford

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
  • Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga
    Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my