Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO : Ford Ranger Terima Ciri Keselamatan Baharu
Auto Terkini

BERITA AUTO : Ford Ranger Terima Ciri Keselamatan Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/06/2014
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

IMG_5590FORD terus sukses mengukuhkan kedudukannya dalam segmen trak pikap menerusi penambahbaikan terhadap ciri keselamatan dalam usaha menawarkan aspek keselamatan yang terbaik dalam kelasnya.

Biarpun dikenali sebagai kenderaan pikap dan juga menjadi model terlaris Ford, ia kini menawarkan ciri teknologi Program Stabiliti Elektronik (ESP) dan ISOFIX pada kesemua barisan model Ford Ranger – Wildtrak, XLT dan XL Double Cab.

Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Malaysia dan Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman menyifatkan aspek keselamatan pengguna adalah keutamaan bagi semua kenderaan Ford yang dihasilkan. Menurutnya, Ford Ranger kini menjadi antara trak pikap yang paling selamat dalam pasaran menerusi penambahbaikan itu.

New frontal airbags for the driver and passenger in Wildtrak, XLT and XL Single and Double Cab

ESP

Tahukah apa punca-punca yang menyebabkan sesebuah kenderaan itu ‘buang’ atau terbabas?  Ia berpunca apabila pemandu belok lebih (Over Steer-OS) atau Belok Kurang (Under Steer-US). OS berlaku apabila pemandu berpusing lebih daripada apa yang dimahukan manakala US pula terjadi apabila kereta berpusing kurang daripada apa yang dimahukan pemandu.

Dengan adanya ciri keselamatan ESP, ia mampu meningkatkan tahap kawalan pemandu dalam apa jua keadaan dan memaksimumkan cengkaman kenderaan serta kestabilan kenderaan.

Apabila ESP mengesan kenderaan mengalami OS atau US, secara automatik ia akan mengurangkan kuasa tork enjin atau membrek pada roda-roda tertentu untuk menstabilkan kenderaan dan membantu ia kekal di laluan sepatutnya.

Ciri ini sangat berguna terutama di atas jalan licin terutamanya apabila pemandu terpaksa mengubah laluan secara tiba-tiba atau ketika melakukan pecutan semasa mengambil selekoh.

Enhanced safety features include Ford’s Electronic Stability Program (ESP) across all variants and ISOFIX mounts

CIRI KESELAMATAN BAHARU

Selain itu, antara penambahbaikan lain adalah kehadiran beg udara baharu bagi pemandu dan penumpang hadapan – sebelum ini hanya dipasang pada varian Ford Ranger XLT dan Wildtrak – kini sudah dipasang pada varian XL Single Cab dan Double Cab.

Sebagai tambahan, semua varian Ranger kini menampilkan teknologi Ford BeltMinder, menjadi ciri standard pada varian Wildtrak – ia mengingatkan penumpang hadapan supaya memakai tali pinggang keledar melalui bunyi amaran.

Ranger juga telah dibina untuk memberi pelindungan kepada pejalan kaki. Versi XL dan XLT yang telah dinaik taraf kini termasuk reka bentuk bampar hadapan yang mengandungi material penyerap tenaga, ciri yang wujud dalam Wildtrak.

Penambahbaikan lain yang telah dilakukan ke atas varian Ranger XL Single Cab termasuklah bampar belakang dan rim besi bersaiz 16 inci. Sementara varian Single Cab dan XL 4×2 Double Cab Lo-Rider kini dilengkapi radio serta dua unit pembesar suara.

Harga atas jalan tidak termasuk insurans baharu bagi barisan Ford Ranger :

• 3.2L Wildtrak AT RM117,488
• 3.2L XLT MT RM98,641
• 2.2L XLT AT RM96,688
• 2.2L XLT MT RM89,788
• 2.2L XL 4X4 MT RM80,588
• 2.2L XL 4X2 MT Lo-Rider RM68,888
• 2.2L XL 4X4 MT Single Cab RM71,788

2.2L XL 4X2 MT Lo-Rider 2.2L XL 4X4 MT 2.2L XL 4X4 MT Single Cab 2.2L XLT AT 2.2L XLT MT 3.2L Wildtrak AT 3.2L XLT MT David Westerman Ford Ranger
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.