• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: 2 Model Chevrolet Raih Skor Tinggi Asean NCAP

BERITA AUTO: 2 Model Chevrolet Raih Skor Tinggi Asean NCAP

June 2, 2014 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

Chevrolet Colorado

Chevrolet Sonic

CHEVROLET menguatkan reputasi jenama itu dalam aspek keselamatan apabila dua model terbarunya, Colorado dan Sonic diberikan penarafan 5-bintang dan 4-bintang dalam Fasa III Asean NCAP (Program Penilaian Kereta Baru), baru-baru ini.

Colorado meraiht status 5-bintang bagi skor Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan 3-bintang untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) dengan varian tanpa ciri Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) mendapat 4-bintang (AOP) dan 3-bintang (COP). Model Sonic pula mencatatkan skor 4-bintang untuk AOP dan COP.

Keputusan diumumkan pada dua acara yang berlangsung serentak, Forum NCAP Global 2014 di Melbourne, Australia, dan pelancaran Asean NCAP di Melaka. Sejumlah 11 kereta daripada sembilan model menjalani ujian perlanggaran hadapan pada kelajuan 64kmj dan perlanggaran sisi pada kelajuan 50kmj dengan tempoh sesi ujian dibuat antara Oktober 2013 dan April 2014.

Ini kali pertama Chevrolet disenaraikan dalam ujian Asean NCAP, walaupun kehadiran jenama automobil dari Amerika Syarikat itu bukanlah asing dalam ujian NCAP peringkat global. Colorado juga menjadi satu daripada dua kenderaan dalam kategori pikap yang menjalani ujian Asean NCAP.

Asean NCAP adalah entiti baru dalam organisasi NCAP antarabangsa yang menumpukan kepada usaha meningkatkan standard keselamatan kenderaan, memberikan kesedaran pengguna dan menggalakan pasaran untuk kenderaan selamat dalam negara Asean.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN NCAP, Chevrolet, Colorado, Naza Group of Companies, Sonic

Comments

  1. Perodua says

    July 28, 2021 at 4:30 PM

    Tahniah Chevrolet

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my