• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Cabaran Shell Rimula HeavyWeight 2014

BERITA AUTO: Cabaran Shell Rimula HeavyWeight 2014

April 8, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Shell Rimula HeavyWeight 2014 - Pandulaju.comCABARAN Shell Rimula Heavyweight 2014 yang berlangsung di London, England tahun lalu menyaksikan enam peserta dari Malaysia berentap mencari kejuaraan bersama 140 peserta dari 13 negara berlainan.

Sepanjang tempoh cabaran, peserta diuji pelbagai ujian yang menuntut kerjasama berpasukan dalam usaha melepasi halangan sebelum dapat dinobatkan sebagai Juara Shell Rimula Heavyweight.

Bagi Liau Chia Chin dari Miri, cabaran yang terpaksa dilalui adalah jauh lebih hebat daripada yang dijangkakan.

“ Ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Kami diuji pelbagai jentera berat di bawah bimbingan jurulatih pakar selain persekitaran menakjukkan di luar kota London, katanya.

Shell Rimula HeavyWeight 2014 - Pandulaju.comSeorang lagi peserta yang juga pengurus penyenggaraan di Pulau Pinang, Khoo Teik Seng, 39 tahun, turut berkongsi pengalamannya sepanjang berada di London.

“ Kami berpeluang mengendalikan beberapa trak dan kenderaan berat yang tidak dilakukan sebelum ini.

" Ini adalah kali pertama memandu kenderaan berat dan pengalaman ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila," katanya.

Selain Chia Chin dan Teik Seng, empat peserta lain adalah Chan Meng Fei,29, Loh Yew Sing,53, Tan Chin Purn,27, dan Tang Chung Lay,47.

Cabaran Memandu Kenderaan Berat di London direka khas oleh Shell Rimula untuk membolehkan peserta dari seluruh dunia menguji kekuatan kenderaan kerja berat dan kemahiran memandu mereka ke tahap paling getir.

Peserta juga berpeluang merasai sendiri kuasa kenderaan dan menghargai tuntutan yang sering dikenakan ke atas enjin kerja berat traktor, jentera pengorek, lori pembuang sampah, kren pengangkut, jenangkut, trak sambung sendi dan telehandler yang beroperasi dalam keadaan dunia sebenar.

Pengarah Pemasaran Pelincir Shell – Asia Tenggara, Alex Lim berkata, Shell Rimula sekali lagi akan memberi ganjaran kepada prlanggan kami menerusi penganjuran cabaran pada tahun ini.

" Shell Rimula komited terhadap penyelidikan dan pembangunan, dengan membuat pelaburan besar untuk memastikan minyak enjin tugas beratnya diuji dalam kenderaan berat dan keadaan pemanduan paling sukar," katanya lagi.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alex Lim, Cabaran Shell Rimula Heavyweight 2014, Khoo Teik Seng, Liau Chia Chin, Shell, Shell Helix, Shell Rimula

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my