Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bentley Akhiri Enjin 6.0L Turbo Kembar W12, Diganti Hibrid Prestasi Tinggi
Roda4

Bentley Akhiri Enjin 6.0L Turbo Kembar W12, Diganti Hibrid Prestasi Tinggi

Abang HirataBy Abang Hirata25/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS menamatkan enjin V8 untuk beberapa model, Bentley memaklumkan dan meraikan pengeluaran terakhir enjin buatan tangan 12-silinder prestasi tinggi atau W12 di ibu pejabat pengeluar itu di Crewe, Britain dengan pasukan pekerja menerima piston W12 sebagai kenangan.

Sejak diperkenal pada Continental GT 2003, lebih 100,000 unit enjin W12 dihasilkan merentasi dua generasi.

Sepanjang kitaran hayat, kuasa meningkat 34 peratus, manakala daya tork bertambah 54 peratus selain 25 peratus pengurangan emisi karbon dioksida.

Seperti V8 yang ditamatkan, keputusan itu selari strategi ‘Beyond100’ ke arah menjadi peneraju global dalam bidang pengangkutan mewah lestari.

Enjin 6.0L turbo kembar W12 digantikan trenkuasa prestasi baharu menggunakan terma Ultra High Performance Hybrid yang menggabungkan enjin V8 berkuasa tinggi dan teknologi bateri canggih.

Bentley juga memaklumkan, kuasa dihasilkan paling tinggi yang memacu supercar itu menjadi lebih responsif dan cekap tenaga pernah dihasilkan pengeluar tersebut.

Ringkasnya, kuasa dihasilkan mengatasi W12 dengan emisi karbon dioksida hanya 50 gram per kilometer (g/km).

Ciri Enjin Bentley W12

  • Diperkenal pada Bentley Continental GT 2003.
  • Dihasilkan dengan tangan yang mengambil masa tujuh jam disiapkan dan melibatkan 2,600 komponen berbeza.
  • 24 peratus lebih pendek berbanding enjin V12 konvensional.
  • Dua layout V6 yang rapat atau padat dengan aci engkol (crankshaft) sama.
  • Menghasilkan output kuasa 552hp, dan tork 649Nm @ 1,600-6,100rpm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.6 saat.
  • Kelajuan tertinggi 335kmj.
  • Juara empat kali Kejuaraan Rali Dunia, Juha Kankkunen mengungguli World Ice Speed Record pada 2007 dengan kelajuan 321.83kmj menggunakan Continental GT.
  • W12 generasi kedua diperkenal pada Bentayga 2015.
  • Perubahan dan naik taraf semula mengambil masa tiga tahun untuk rekabentuk, pembangunan dan ujian.
  • Memiliki fungsi nyah aktif sebahagian silinder untuk penjimatan bahan api.
  • Menggantikan semua model terdahulu seperti Bentayga, Continental GT, Continental GT Convertible dan Flying Spur.
  • Rhys Millen mencipta rekod baharu untuk kenderaan utilisi sukan (SUV) pengeluaran dalam perlumbaan Pikes Peak dengan catatan masa 10.49.9 minit menggunakan Bentayga.
  • Pada 2019, Millen kembali dengan Continental GT Speed dan mencatat masa 10.18.488 minit yang memegang rekod Pikes Peak Production Car.
  • Enjin ini digunakan pada Bacalar, iaitu model Bentley paling langka, dihasilkan 12 unit sahaja dengan output kuasa 650hp.
  • Satu lagi model langka, Bentley Batur menjadi pentas W12 paling berkuasa dengan 740hp dan tork 1,000Nm.

Sempena pengakhiran enjin ikonik W12, Bentley menawarkan 120 unit terhad Speed Edition 12 untuk Bentayga, Continental GT, Continental GT Convertible dan Flying Spur.

Antara ciri khas ialah lencana Edition 12,kemasan dalaman khas, plak enjin bernombor dan beberapa lagi, termasuk model skala blok enjin W12.

Auto Terkini Bentley Bentley Speed Edition 12 Bentley W12 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM103k!

    01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.