Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kajian: Fakta Buktikan Naikkan Had Laju Mampu Kurangkan Kemalangan?
Autotainment

Kajian: Fakta Buktikan Naikkan Had Laju Mampu Kurangkan Kemalangan?

Han OthmanBy Han Othman16/02/20195 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENARKAH kelajuan membunuh? Eksperimen dua tahun dilakukan Jabatan Jalan Raya Denmark (DRD) mendedahkan bahawa kes kemalangan di jalan luar bandar dan lebuh raya menurun apabila had laju dinaikkan. Menurut DRD, sejak had laju di jalan dua hala luar bandar dinaikkan daripada 80kmj kepada 90kmj, kemalangan menurun kerana beza kelajuan dapat dikurangkan antara kenderaan paling laju dan paling perlahan, sekali gus membuatkan pengguna kurang memotong.

Keputusan menunjukkan pemandu paling perlahan akan meningkatkan kelajuan, sebaliknya 15 peratus pemandu paling laju memandu 1kmj lebih perlahan berbanding purata kelajuan biasa walaupun had laju sudah dinaikkan. Purata kelajuan pula masih kekal sama seperti tetapan had laju terdahulu.

Pada mulanya, polis Denmark agak skeptikal dengan eksperimen tersebut kerana bimbang pemandu akan cenderung memandu lebih laju. Tetapi keputusan ujian ditunjukkan membuatkan mereka berubah fikiran. Seorang pegawai polis trafik senior Denmark, Erik Mather mengakui pihak polis ada sedikit prasangka dengan isu tersebut – ‘menaikkan had laju, mengurangkan jumlah kemalangan’ – tetapi kemudian mengubah pandangan mereka kerana eksperimen sudah dibuat selama dua tahun.

BACA >>> Kajian: Van Komersial Bawa Muatan Berat Pun Perlukan Lebih Jarak Berhenti

Ada juga bahagian jalan raya yang dinaikkan had laju daripada 110kmj kepada 130kmj sejak sembilan tahun lalu mencatatkan pengurangan jumlah kemalangan maut. Malah, di bahagian lebuh raya tertentu yang had laju dinaikkan daripada 110kmj kepada 130kmj, jumlah kematian maut juga berkurangan.

KEMALANGAN MAUT BERKURANGAN

kemalangan-jalan-raya
Keputusan sama juga dikukuhkan dengan fakta direkodkan pihak berkuasa Wilayah Utara (NT), Australia apabila had laju dinaikkan atau dikurangkan serentak. Susulan rekod itu, kerajaan NT mengurangkan sekatan kelajuan di Lebuh Raya Stuart antara Alice Springs dan Ali Curung. Ini menjadikan laluan lebuh raya dengan had laju terbuka itu dipanjangkan kepada 300km.

Bagaimanapun, tetapan had laju terbuka itu dihapuskan pada 2006 dan digantikan dengan had laju 130kmj. Kini, Kerajaan Parti Buruh yang baru memenangi pilihan raya Ogos, 2016 dikatakan memperkenalkan semula had laju 130kmj di semua jalan raya seluruh NT.

Sekiranya kita abaikan kebarangkalian keputusan Kerajaan baharu Australia itu, keputusan eksperimen DRD sudah pun memberikan hasil sebenar seperti direkodkan pihak berkuasa NT, di mana 85 peratus pengguna jalan raya dicatatkan memandu dalam kelajuan antara 133kmj dan 139kmj di kawasan had laju terbuka. Sepanjang 2014, daripada 11 kes kemalangan sepanjang Lebuh Raya Stuart, tiada kematian direkodkan. Cuma satu insiden membabitkan kecederaan serius dan itupun berpunca akibat masalah alkohol dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Pengerusi Bersama Perikatan Pemandu British (ABD), Brian Gregory berkata,  penemuan itu jelas mengesahkan apa yang dikatakan pihaknya beberapa tahun lalu.

Meningkatkan had laju rendah mampu meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dengan cara mengurangkan beza kelajuan dan rasa kecewa pemandu.

Bukan itu saja, eksperimen DRD turut mengesahkan hasil kajian dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengenai penetapan had laju sama yang menyatakan sudah tiba masanya supaya Kerajaan AS dan Britain meningkatkan had laju jalan raya kepada 130kmj kerana kedua-dua negara masih pada awal pemerintahan Kerajaan baru.

Ini dapat memberi peluang kepada pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan had laju baharu yang dapat dipatuhi dan dihormati pengguna jalan raya. Ini kerana langkah penguatkuasaan tersebut dijangka mengundang kritikan awam yang berpendapat cara lama – had laju rendah – mampu meningkatkan tahap keselamatan jalan raya. Padahal keputusan ujian membuktikan sebaliknya.

BENARKAN TEORI KELAJUAN MEMBUNUH?

iklan-kempen-had-laju
Masalah terbesar ialah kita kerap diuar-uarkan dengan propaganda, ‘kelajuan itu membunuh’. Ini secara tidak sedar mengolah satu persetujuan kepada pengguna dan pihak berkuasa bahawa keselamatan atas jalan raya meningkat hanya apabila had laju dikurangkan.

Bagaimana pula teori had laju dinaikkan, maka kemalangan berkurangan?

Begini, penetapan had laju membuatkan pemandu cuba mematuhinya sepanjang masa dalam apa jua situasi pemanduan. Paksaan pematuhan had laju tertentu ke atas pemandu membuatkan mereka cenderung memantau meter laju bagi memastikan tidak melanggar peraturan had laju yang sudah tentu ada kaitan dengan kompaun.

Tindakan tersebut secara tidak langsung mempengaruhi setiap tindakan pemanduan pemandu, terutama ketika memotong. Jika mahu memotong, pemandu kebiasaannya perlu memecut melebihi kelajuan kenderaan yang mahu dipotong.  Tetapi beza had laju ditetapkan membuatkan mereka tergesa-gesa, panik dan gopoh.

Bukankah sepatutnya pemandu diberikan kebebasan menentukan kelajuan terbaik yang sesuai dengan pemanduan mereka? Dalam erti kata lain, pemandu patut dibenarkan memandu pada kelajuan tinggi, dan pada masa sama dididik dengan etika kelajuan tertentu yang disahkan selamat. Malah, penetapan had laju rendah membuatkan pemanduan jadi lebih lama dan membuatkan pemandu bosan, letih dan kurang fokus. Semua masalah dinyatakan itu disahkan antara pembunuh sebenar jalan raya!

BAGAIMANA MALAYSIA?

memandu-di-malaysia
Keputusan kajian dilakukan AS, Britain, Denmark dan Australia mungkin boleh dijadikan panduan kepada pihak berkuasa Malaysia dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan negara ini. Tetapi kajian sama tetap perlu dilakukan kerana ada kemungkinan hasil diperoleh berbeza.

Kenapa?

Ini kerana kami di PanduLaju merasakan ragam pemanduan di Malaysia sangat berbeza dengan pemandu di AS atau Eropah. Pemandu kita cenderung untuk tidak mematuhi had laju sepanjang masa kecuali jika melalui laluan yang dikenal pasti lokasi perangkap had laju Polis Trafik atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kita juga kerap berdepan dengan situasi pemandu yang memecut di kawasan tidak sepatutnya seperti kawasan sekolah, kediaman dan laluan tumpuan awam. Malah, ada banyak kes pemandu Malaysia memecut laju seperti pelumba trek dalam situasi yang tidak menuntut dia memandu laju seperti kecemasan. Ya, pemandu Malaysia tiba-tiba saja boleh memandu laju tanpa diduga.

Malah, penetapan had laju tinggi atau rendah dikhuatiri tidak banyak mempengaruhi kelajuan pemandu di Malaysia. Jika dilakukan, kajian mungkin memerlukan masa lebih lama untuk memahami pola pemanduan rakyat negara ini. 🙂

SUMBER: Practical Motoring

autotainment had laju kebangsaan had laju memandu kelajuan membunuh
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
E&O Express
Autotainment

#TahukahAnda: Malaysia Ada Perkhidmatan Kereta Api Mewah Ala Eropah?

20/01/2026

5 Comments

  1. khairul on 15/11/2016 15:27

    sikap pemandu malaysia guna emosi semasa memandu..had laju diabaikan..dilebuhraya kalau had laju 110km/h berada dilorong tgh..maka di lorong kanan brpa pula had lajunya? seolah2 dilebuhraya malaysia pengguna jalanraya sendiri menetapkan lorong kanan utk memandu laju melebihi had kelajuan. pihak berwajib ada pantau?

    Reply
  2. shafri on 27/04/2017 14:51

    JPJ sebelum betul2 meluluskan sesaorang patut ingat adakah sesaorang itu betul2 boleh memandu, kerana kesannya jangka panjang. Melibatkan nyawa, tidak guna undang2 begitu banyak tetapi setiap hari pemandu yg tidak benar2 layak diberi lesen

    Reply
  3. MOHAMAD FAUZI BIN GHAZALI on 05/10/2019 22:56

    Rugi la malaysia tetap had laju 130km/s.. Aes tak boleh cari makan la

    Reply
  4. din on 20/07/2020 18:18

    kondisi jalan pun kena amik kira

    Reply
  5. Jani mohd on 01/02/2022 18:26

    Saya berpendapat dengan teknologi keselamatan yang banyak dilengkapi pada kenderaan masa kini elok juga had laju lebuhraya ditetapkan 130 km/j…..rata2 pemandu memandu melebihi 110 km/j…..bagi saya semasa memandu di lebuhraya paling selesa ialah 120 km/j dengan kereta berkuasa 1.5 L malah lebih kepada antara 115-118 km/j…..tumpuan saya lebih fokus semasa memandu pada kelajuan itu…….dan tahap keselesaan pemanduan juga berbeza bagi kenderaan cc yg lebih rendah dan cc yg lebih tinggi…..terkecuali lori dan bas yang sememang nye cc kenderaan mereka lebih besar ye……ini dari pengalaman saya memandu la…..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.