KERAJAAN memperkukuh usaha pencegahan banjir jangka panjang menerusi peruntukan RM2.2 bilion bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) seluruh negara, termasuk 12 projek baharu yang akan dimulakan tahun depan.
Senarai 12 RTB baharu bermula 2026 ialah:
- RTB Sungai Mengkibol, Mukim Kluang, Johor
- RTB Sungai Chaah, Segamat, Johor
- RTB Sungai Temin/Bata, Kubang Pasu, Kedah
- RTB Sungai Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan
- RTB Sungai Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan
- RTB Sungai Jimah Fasa 2 dan RTB Sungai Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
- RTB Sungai Nyiur, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
- RTB Sungai Trong, Larut Matang dan Selama, Perak
- RTB Sungai Buloh Fasa 2, Selangor
- RTB Sungai Buaya dan Anak Sungai Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
Kerja Pencegahan, Penyelenggaraan Cerun
Selain RTB, Kerajaan turut memperuntuk lebih RM260 juta bagi kerja pencegahan, penyelenggaraan dan pembaikan cerun seluruh negara, termasuk Jalan Persekutuan. Langkah itu penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, terutama di kawasan berisiko tinggi.
Sebanyak RM55 juta pula disediakan untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelak banjir kilat di kawasan bandar dan perumahan.
Langkah tersebut menegaskan komitmen Kerajaan dalam melaksanakan pendekatan pencegahan banjir secara menyeluruh, sekali gus memastikan infrastruktur negara lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan cuaca ekstrem.
Leave a Reply