Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Belanjawan2025: RM150j untuk Bersih Longkang, Korek Sungai Atasi Banjir Kilat
Auto Terkini

#Belanjawan2025: RM150j untuk Bersih Longkang, Korek Sungai Atasi Banjir Kilat

ShawkathBy Shawkath18/10/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJADIAN banjir kilat, terutama di beberapa bandar utama di sejumlah negeri dijangka dapat diatasi tidak lama lagi berikutan pengumuman penyaluran dana segera bernilai RM150 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memulakan kerja pembersihan longkang dan aktiviti pengorekan sungai di bandar terkesan dengan insiden banjir kilat.

Anwar berkata, penyaluran peruntukan itu adalah untuk menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu negara dan beberapa bandar lain.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata;

Pada masa sama pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.

“Peruntukan hampir RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan mendepani musibah banjir. Ini termasuk lebih RM300 juta yang disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

“Selain itu, RM20 juta geran padanan disediakan segera kepada Yayasan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.”

Anwar berkata, PBT dan warga bandar perlu bersama memastikan longkang dan parit tersumbat yang menyebabkan banjir kilat dapat ditangani segera. Tambahnya, Kerajaan sudah menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM540 juta.

Menurutnya;

Seterusnya 12 projek RTB dengan kos RM3 bilion sudah dikeluarkan SST dan berjalan mengikut jadual antaranya melibatkan RTB Sungai Damansara, Selangor; RTB Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah; RTB Sungai Triang, Bera, Pahang; RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus, Terengganu dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2, Kota Bharu.”

#belanjawan2025 autoterkini Banjir Kilat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.