• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Belanjawan2023: Peruntukan RM2.7b untuk Naik Taraf, Baiki Jalan Persekutuan

#Belanjawan2023: Peruntukan RM2.7b untuk Naik Taraf, Baiki Jalan Persekutuan

February 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERDANA Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM2.7 bilion kerja penyelenggaraan dan menaik taraf jalan raya persekutuan.

Pada masa sama, RM300 juta disediakan untuk kontraktor G1 hingga G4 untuk penyelenggaraan kecil melibatkan jalan raya persekutuan dan kampung.

Selain itu, tambahan RM1.5 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf keseluruhan jalan perhubungan desa dan jalan luar bandar.

Bagi isu jalan-jalan berlubang, khidmat Jurutera Daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan Jalan Persekutuan dan pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima. Kerajaan menyediakan RM100,000 untuk setiap daerah."

Anwar berkata, sejumlah RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu jalan, terutama di kawasan kemalangan tinggi.

Kerajaan juga akan meningkatkan pemberian Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) yang bertujuan menyelenggarakan jalan raya negeri kepada RM5.2 bilion.

Kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran termasuk membenarkan penggunaan Marris untuk membaiki dan mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana,” katanya.

BACA >>> #Belanjawan2023: Tiada Pengeluaran KWSP, Tapi Ada Tambahan RM500 dalam Akaun 1
BACA >>> Belanjawan 2023: Penjawat Awam Dapat RM700, Pesara RM350 Menjelang April Ini

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, baiki jalan, Belanjawan 2023, jalan desa, jalan negeri, jalan persekutuan, Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my